PERUTUSAN DEWAN ULAMA PAS SELANGOR SEMPENA MAULIDULRASUL 1441H/2019

Menyayangi ibu bapa adalah fitrah manusia kerana anak memperakui usaha dan jasa ibu bapa melahirkan dan membesarkannya sebagai manusia.

Rasulullah bukanlah ibu bapa mahupun adik beradik, tetapi baginda merupakan pembawa obor kebenaran untuk seluruh umat manusia. Baginda juga berperanan untuk menjadikan kita manusia yang berguna, selamat dunia akhirat.

Justeru mengasihi Rasulullah memerlukan kepada keyakinan dan keimanan yang kukuh tersemat di dalam hati. Kenalilah Rasulullah, hayati sunnahnya, dan yang paling penting ikutilah perjuangannya.

Baginda seorang manusia yang agong, tiada seorang manusia yang sering disebut-sebut namanya dan diagungkan melainkan Rasulullah. Marilah kita sama-sama mencintainya dan menyayanginya.

Salam Maulidulrasul

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua 
Dewan Ulama PAS Selangor
12 Rabiulawwal 1441

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *