VISI & MISI PUSAT KHIDMAT DUN SEMENYIH

VISI : SEMENYIH SEJAHTERA

Semenyih yang menjamin kesenangan, ketenteraman dan kemakmuran kepada masyarakat. Ini terhasil daripada gabungan prinsip Rukun Negara, pembangunan manusia dan ekonomi yang menekankan aspek keadilan
kepada semua lapisan rakyat

MISI :

  1. SEMENYIH SEPAKAT

Semenyih mengamalkan konsep keadilan, toleransi serta keharmonian antara agama dan kaum, kecekapan dan ketelusan pentadbiran serta ketenteraman awam.

• Ketenteraman & keselamatan awam
• Keharmonian antara agama dan kaum

2. KASIH SEMENYIH

Pemimpin dan masyarakat Semenyih saling bekerjasama melakukan
khidmat kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan memberi
manfaat kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

• Tingkatkan khidmat kebajikan
• Libat urus bersama NGO & pihak berkuasa
• Permudah proses aduan penduduk
• Pelarasan program kesihatan (jasmani /mental) & sukan

3.SEMARAK SEMENYIH

Pembinaan modal insan ke arah masyarakat Semenyih berkualiti; rohani, intelektual dan fizikal. Pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri, PBT dan masyarakat setempat.
• Perkasa akses pendidikan
• Pergiat anjuran majlis agama, dakwah & program intelektual
• Libat urus bersama sekolah, institusi pengajian & rumah ibadat

4. JANA SEMENYIH

Tumpu sosio-ekonomi, galakkanpelaburan sektor swasta melalui kerjasama kerajaan negeri /pusat
• Pergiat program kemahiran & keusahawanan untuk anak muda
• Penambahbaikan infra & penyelenggaraan fasiliti awam

5. SEMENYIH LESTARI

• Perkasa pemuliharaan & perlindungan alam sekitar
• Promosi Semenyih sebagai pusat eco-pelancongan
• Kolaborasi program kesedaran siapsiaga hadapi bencana alam bersama pihak berkuasa