Tanggal 16 Nov 2019 , tarikh bersejarah dimana kemenangan besar calon BN yang didokong oleh Muafakat Nasional pada PRK P165 Tg Piai. Satu impak yang sangat besar diperingkat nasional dan permulaan baik penerimaan penyatuan ummah PAS-UMNO, MCA dan MIC.PRK Tanjung Piai juga membuktikan rakyat menolak fitnah rasis yang dilemparkan oleh regim PH terhadap Muafakat Nasional
Diamanahkan sebagai pengarah operasi Jentera Hulu Langat dan juga ketua lajnah kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor , berkampung di Rambah dan tugasan bersama PDM Kg Duku dan Rimba Terjun. Rumah Selangor menyaksikan kehadiran lebih 150 orang petugas2 mewakili kawasan dari seluruh negeri selangor atas arahan dari pimpinan. Sepanjang tempoh berkempen.
Tugasan jentera petugas2 ini membantu PDM dibawah payung Muafakat Nasional . Antara hikmah besar sepanjang tempoh ini adalah peluang dakwah dan siasah yang terbuka seluas – luasnya. Antaranya ialah program2 seperti Yasinan dan Tahlil dan penceramah PAS adalah yg sangat di rai dan diberi peluang utk slot tazkirah .Sesuatu yang agak asing sebelum ini di Negeri Johor . Inilah hasil positif Muafakat Nasional dan juga hikmah besar pematuhan arahan dari pimpinan. Juga tidak ketinggalan adalah fokus untuk melaksana misi pemutihan dan pemerkassan PAS kawasan Tg.Piai .
Saya terasa akan kemanisan gerakerja ini dan terbina ukhuwah yg sgt utuh dikalangan semua petugas yg hadir . Pengisian tazkirah dan menikmati juadah yang disediakan dapur mujahid selangor bersama adalah rutin yang merapatkan ukhuwah sepanjang tugasan bagi setiap jentera yg hadir.
Mengakhiri coretan ini,saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah pada Dato Wee Jeck Seng dan terimakasih kepada para petugas PAS Negeri Selangor sepanjang tempoh berkempen dan tugasan. maafkan lah jika ada salah silap terkasar bahasa sepanjang program kempen ini inshaa allah kita bertemu dimasa akan datang
Tidak lupa juga terima kasih kepada derwaman daripada individu, YDP- YDP kawasan yang sama-sama menjayakan dapur mujahid Selangor
Mohamad Jan Bin Sulong
YDP Pas Kawasan Hulu Langat
Ketua Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor