16 November 2019,Bandar Seri Putra :Pengerusi Pasti Kawasan Hulu Langat,Sdr Khairul Jihadi Mohd Yusof telah secara hatrik merasmikan program PASTI cawangan iaitu Sukan Tahunan PASTI Al-Faizin,Bandar Seri Putra dan dua program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar di PASTI As-Syakirin,Taman Semenyih Impian dan PASTI Little Ikhwan 3,Taman Semenyih Mewah.
Beliau menegaskan bahawa kebanyakan anak2 PASTI hari ini adalah mereka yang tergolong dalam kategori Generasi Alfa (2013-2025) yang dilahirkan oleh ibubapa millenial juga dikenali Generasi Y (1980-1994) membawa satu cabaran besar dan berbeza dari generasi2 sebelumnya dimana peranan media sosial bagi Generasi Alfa sebagai satu gaya hidup, sedangkan bagi Generasi Y dan Generasi Xennials (1975-1985), media sosial hanya sekadar alat; alat untuk promosi perniagaan, alat untuk jumpa kenalan, alat untuk berkongsi ilmu dan sebagainya, tetapi bukan sebagai cara hidup.
Maka terviral baru2 ini satu kisah yang dikongsi oleh seorang ibu kepada anak yang bernama Haikal yang menjadi mangsa kepada ‘Kesan Ketagihan Skrin’.
Seawal usia 3 tahun ada anak2 yang didedahkan dengan iPad, Tab dan telefon pintar menyebabkan anak2 ini tidak membesar secara normal yang sepatutnya aktif secara mental dan fizikal dan kesannya adalah luar dari jangkaan kita.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220465460217197&id=1552696572
Ditambah lagi dengan perkongsian maklumat berkenaan usaha PAS didalam bidang pendidikan dengan kewujudan TASTI, PASTI, SRITI, SMITI dan IPT seperti KUIZM menunjukkan bahawa PAS begitu komited dengan usaha pembangunan insan yang akan menjadi generasi pelapis rakyat dan pemimpin negara yang lebih baik.
Begitu juga perkongsian maklumat berkenaan sistem pentaksiran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang kini memasuki sistem pentaksiran secara holistik kepada murid2 sekolah rendah seperti PBS dan PBD.
Walaupun PAS ini pembangkang didalam kerajaan hari ini, tidaklah PAS itu terlalu jumud sehinggakan perkara yang baik pun ditolak. Yang baik kita ambil dan sokong, yang buruk kita tolak dan beri cadangan penambahbaikan. Itulah PAS.