Jom “Morning Walk” untuk Sihat anjuran PAS Kg Jawa

SELASA | 10 DISEMBER 2019

KG JAWA, HULU LANGAT : PAS Kg Jawa telah mengadakan program riadah “Morning Walk” di Taman Cempaka Lui pada Selasa 10 Disember 2019. Program ini melibatkan ahli-ahli PAS Kg Jawa dan juga anak-anak kariah. Aktiviti ini bukan sekadar aktiviti riadah biasa malah seperti hari keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bermula pada pukul 7.00 pagi dengan melakukan beberapa regangan asas dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi. Antara aktiviti utamanya ialah berjogging, satu pusingan besar taman tersebut dan kebanyakan mereka akan membuat dua hingga tiga pusingan walaupun dalam keadaan berjalan. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat yang beriadah disitu.

Semoga program sihat seperti ini dapat diteruskan dengan lebih kerap lagi untuk masa yang akan datang.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *