Selamat Tahun Baru 2020 : Malaysia Sejahtera & Islam Mempimpin Perpaduan

RABU | 01 Januari 2020

1.Selamat Tahun Baru 2020 diucapkan kepada warga hulu langat khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Semoga Malaysia aman dan sejahtera.

Firman Allah didalam:

Surah Al-Mujadilla :11 -Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Ĥaj:41 – Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.


2.Bila sebut sahaja tahun 2020,maka imbas kembali slogan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad semasa menjawat jawatan Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun perkhidmatan. Wawasan 2020 ini ibaratkan “mati hidup semula” dan kelangsungan wawasan peribadi Tun Mahathir setelah menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia buat kali ke 2 (PM ke 7).


3.Namun kini selepas kemenangan PH yang didokong oleh 4 parti Pakatan Harapan terdiri daripada DAP PKR,Bersatu dan Amanah pada PRU14 yang lepas merupakan detik suram dan menyedihkan buat seluruh rakyat yang telah mengundi PH menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah Malaysia selama 60 tahun.Manifesto PH yang sarat dengan janji manis memikat hati pemilih berdaftar semasa PRU14 hanya tinggal janji.Apa yg dikata oleh PM bahawa manifesto bukannya kitab suci dan perlu masa untuk mengurangkan beban kewangan hutang negara akibat kerajaan BN yang lalu.


4.Harapan tinggal harapan selepas setahun kerajaan PH mengambil alih pucuk kepimpinan negara ini dengan bebanan hutang makin meningkat,ekonomi merundum dimana pelabur asing menjarakkan diri daripada melabur di Malaysia, gejala sosial semakin parah dengan liberalisasi,LGBT yang mengundang kenaikan mendadak penyakit HIV

5.Agama islam yang merupakan agama rasmi sepertimana diperuntukkan didalam perlembagaan Malaysia semakin dihina dan dicabar secara terang-terangan dengan usaha meraktifikasikan ICERD, Liberasisasi dan Plurarisma beragama, isu Zakir Naik, merasionalisasikan ideologi komunisme dan banyak lagi sepertimana yang kita baca di media massa/sosial media.


6.Kos sara hidup makin meningkat dengan harga petrol masih belum turun, tol masih ada lagi, harga bawang meningkat tiga kali ganda, siswazah masih berhutang ptptn dan banyak lagi janji belum tertunai.Apa lagi harapan yang tinggal berbaki buat kerajaan PH kini?


7.Jawapannya mudah iaitu tiada lagi harapan buat kerajaan PH sehinggakan pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan telah memberikan kemenangan kepada gagasan baru Muafakat Nasional PAS-UMNO.Ini adalah signal jelas gelombang rakyat membenci PH atas ketidakupayaan memerintah dan bukanlah tempat sesuai untuk rakyat menumpang teduh.


8.Kami menyeru kepada semua kaum di negara ini untuk kita betulkan kembali kesilapan silap undi PH yang lalu dengan memilih Muafakat Nasional sebagai pilihan utama di PRU15 nanti.


9.Selamatkan Malaysia daripada pemimpin rakus dan gila kuasa serta gagal mentadbir negara kearah lebih baik demi masa depan generasi muda pelapis negara.


10.Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Malaysia selamat , sejahtera dan aman bersatu padu antara berbilang kaum dengan dasar Islam Mempimpin Perpaduan.Insha Allah.

Tuan Haji Mohamad Jan Sulong
YDP PAS Kawasan Hulu Langat.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *