Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2020 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.
Kumpulan A
(Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
Takwim Sekolah | Mula | Akhir |
---|---|---|
Hari Pertama Persekolahan | 1 Jan 2020 (Rabu) | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 13 Mac 2020 (Jumaat) | 21 Mac 2020 (Sabtu) |
Cuti Pertengahan Tahun | 22 Mei 2020 (Jumaat) | 6 Jun 2020 (Sabtu) |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 24 Jul 2020 (Jumaat) | 1 Ogos 2020 (Sabtu) |
Cuti Akhir Tahun | 20 Nov 2020 (Jumaat) | 31 Dis 2020 (Khamis) |
Kumpulan B
(Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
Takwim Sekolah | Mula | Akhir |
---|---|---|
Hari Pertama Persekolahan | 2 Jan 2020 (Khamis) | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 14 Mac 2020 (Sabtu) | 22 Mac 2020 (Ahad) |
Cuti Pertengahan Tahun | 23 Mei 2020 (Sabtu) | 7 Jun 2020 (Ahad) |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 25 Jul 2020 (Sabtu) | 2 Ogos 2020 (Ahad) |
Cuti Akhir Tahun | 21 Nov 2020 (Sabtu) | 31 Dis 2020 (Khamis) |
Cuti Sekolah Musim Perayaan 2020
Takwim Sekolah | Mula | Akhir | Negeri |
---|---|---|---|
Cuti Tahun Baru Cina | 22 Jan 2020 (Rabu) | 23 Jan 2020 (Khamis) | Kumpulan A |
Cuti Tahun Baru Cina | 23 Jan 2020 (Khamis) | 24 Jan 2020 (Jumaat) | Kumpulan B |
Cuti Hari Raya Aidilfitri | 20 Mei 2020 (Rabu) | 21 Mei 2020 (Khamis) | Kumpulan A |
Cuti Hari Raya Aidilfitri | 21 Mei 2020 (Khamis) | 22 Mei 2020 (Jumaat) | Kumpulan B |
Cuti Deepavali | 15 Nov 2020 (Ahad) | 16 Nov 2020 (Isnin) | Kumpulan A |
Cuti Deepavali | 13 Nov 2020 (Jumaat) | 16 Nov 2020 (Isnin) | Semua Negeri Kumpulan B kecuali Sarawak |
Sila lawat moe.gov.my untuk pengumuman asal.
Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.
Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).