Program Edaran Sumbangan Deepavali anjuran Perikatan Nasional Hulu Langat untuk keluarga B40 telah diadakan beberapa kali di Semenyih sebelum ini dan kemuncaknya pada pagi tadi sebelum masyarakat India pulang ke kampung menyambut perayaan Deepavali Isnin nanti.
Program yang menerima sambutan yang baik dari penduduk bersama pemimpin PN kali ini turut dihadiri oleh pimpinan komponen Parti Bersatu, Gerakan dan Dewan Himpunan PAS Hulu Langat.
Seramai 20 keluarga hari ini telah menerima sumbangan dan sehingga hari ini hampir 100 keluarga komuniti India telah menerima sumbangan secara keseluruhan dan difahamkan program bantuan rakyat ini akan berterusan pada akan datang.
Menurut penduduk yang ditemui, Deepavali yang menjadi simbolik pesta cahaya buat masyarakat India yang beragama Hindu ini bakal disambut secara rasmi pada hari Isnin ini. Manakala meraikan Deepavali ini dianggap menjadi hari kejayaan buat masyarakat India sebagai simbolik cahaya melawan kegelapan, kebaikaan mengatasi kejahatan dan juga sinar ilmu pengetahuan.
Sumbangan pagi tadi diserahkan oleh Sdr Mahadevan Setiausaha Parti Gerakan Hulu langat, Sdr Johari Naib Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat dan Dato Pannirselvam, Ketua Dewan Himpunan PAS Hulu Langat.