E-ADUAN PUSAT KHIDMAT DUN SEMENYIH


“YB, rakyat nak salurkan aduan kat mana?”.

Ya, saya tahu ramai yang bertanya.

Saya dan tim sedang menyusun kaedah penerimaan aduan dari rakyat supaya tiada aduan yang terlepas dari makluman dan pengetahuan saya.

Apa yang dalam bidang kuasa saya, saya akan usaha selesaikan sebaik mungkin.

Apa yang di luar bidang kuasa sebagai ADN pula, saya akan salurkan kepada pihak berkenaan.

Justeru, bagi mengelakkan keciciran maklumat, berikut adalah saluran untuk memudahkan rakyat membuat cadangan, aduan dan masalah yang dihadapi:

𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗱𝘂𝗮𝗻/𝗖𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 :https://bit.ly/aduanN24

𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 : https://pusatkhidmatdunsemenyih.wasap.my

𝗘𝗺𝗮𝗶𝗹 :pejadunsemenyih@gmail.com

Penggunaan saluran ini membantu kami merekodkan sesuatu aduan dan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. Saya berharap penduduk N24 Semenyih dapat memanfaatkan saluran ini dengan sebaiknya. Terima kasih.