PRK P165 Tanjung Piai: Hikmah siasah dan dakwah di hujung benua


Assalamulaikum wbt ,

Berakhir sudah tugasan rasmi yang diamanahkan kepada Jentera Pilihanraya PAS Parlimen (JPrP) Hulu Langat bermula 7 November hingga 11 November. 2019 di PRK P165 Tg Piai . Ucapan tahniah dan terimakasih di ucapkan kepada semua petugas yang menginfaqkan diri, masa dan tenaga serta wang ringgit untuk melaksanakan amanah ini . Tidak lupa juga kepada penyumbang- penyumbang dana untuk meringankan bebanan tugasan mereka dilapangan.

PRK P165 Tanjung Piai sememangnya membuka ruang dan peluang dakwah dan siasah islamiah seluas-luasnya buat PAS di Tg Piai khusunya di PDM kg Duku dan Rimba Terjun di mana Pas Selangor diamanahkan untuk melaksanakan gerakerja PRK.

Kehadiran petugas PAS seolah satu yang agak asing bagi kawasan yang hampir majoriti orang melayu kesemuanya UMNO dan buat pertama kalinya mereka merasa dan menerima PAS sebagai satu jemaah dan ahlinya org2 yang ikhlas dalam perjuangan serta membawa roh islam dalam perjuangan. Satu misi PRK yang agak berlainan dari PRK-PRK pasca PRU14 buat PAS.

Para petugas PAS Hulu Langat serta rakan2 lain dari Selangor bersama2 dlm program Gotong royong , cermah kelompok dan sessi tazkirah berserta ziarah kebajikan bersama umno dan juga penduduk sekitar PDM .Fokus gerakerja ” blending into the society” Juga antara lain ialah ziarah kepada semua ahli PAS dan penyokong PAS dalam usaha memperkasakan Kembali PAS dikawasan Tg Piai Khususnya . Inilah hikmah besar arahan pimpinan kita untuk PAS melibatkan diri membantu calon muafakat Nasional – “access” penuh siasah dan dakwah pada masyarakat disini mengekploitasi suasana PRK

Walau berakhir tugasan untuk jentera PAS HL di lapangan , team Hulu Langat dibawah pimpinan YDP PAS HL Sdr Mohd Jan Sulong masih terus di sana sehingga hari pengundian menyumbang kepada kebajikan para petugas yang hadir dirumah Selangor.

Sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimaksih kepada para petugas dan penyumbang dan pastinya segalanya tidak akan sia2. Sama2 kita mendoakan kemenangan islam di bumi bertuah ini

Shahril Adha Zamhury
Pengarah JPrP Hulu Langat

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *