14 Nov 2019 ,Tanjung Piai :
YDP Pas kawasan Hulu Langat, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong hadir Program As Sabiqun peringkat negeri Johor di tanjung Piai. Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato’ Haji Takiyuddin bin Haji Hassan.
“Kita mahu memastikan akhir hayat kita mati dalam melakukan kerja Islam.
“Jangan disebabkan usia yang semakin lanjut menghalang kita untuk terus melakukan kerja Islam. Buatlah kerja yang mana kita termampu selagi masih ada usia,
Mereka (veteran) ini juga ada pengaruh tersendiri… ada budi, ada jasa masing-masing. Mereka ini sewajarnya menjadi enjin kekuatan menjayakan politik baru negara dan umat Islam.
“Harapan pucuk pimpinan kedua-dua parti, kita ke arah membentuk satu ‘new deal, new hope’. Ini akan menerima cabaran kerana orang akan menghalang penyatuan antara kedua-dua parti.Kita harus perbetulkan kembali meletakkan politik negara kita ini pada dasar dan asas yang betul.