PAS Hulu Langat perjuang hak rakyat bantah caj parkir MPKJ

“BANTAH… BANTAH ….TERUS BANTAH ” bergema laungan isi hati rakyat penduduk di Taman Orkid dan Taman Alam jaya , Cheras , Dusun Tua pada 17 November lalu . Serentak dengan itu juga satu petisyen bersama ditandatangani oleh lebih 100 penduduk sekitar kawasan ini dari berbagai kaum dan rata-rata terdiri dari rakyat golongan B40 berikutan caj parkir yang dikenakan oleh pihak MPKj di Taman Orkid /Alam Jaya sejak baru-baru ini.

Keluhan penduduk – penduduk ini yang rata-rata menghuni pangsapuri kos sederhana rendah diatas rumah kedai lebih 20 tahun disini di dengari oleh YDP Pas Kawasan Hulu Langat Saudara Mohd Jan Sulong berserta wakil DHPP Hulu Langat yang juga aktivis masyarakat setempat Dato Dr Panil Selvam setelah bantahan memorandum yang diserah pada Ahli Majlis dan Adun Dusun Tua tidak mendapat sebarang perhatian .

Berucap bersama pimpinan masyarakat setempat dalam majlis itu , YDP PAS Hulu Langat menyatakan komitmen PAS bersama- sama Muafakat Nasional untuk terus memperjuangkan hak- hak keadilan rakyat tidak mengira bangsa dan agama sejajar tuntutan keadilan islam yang menjadi tunjang perjuangan PAS di persada politik negara.

Mengambil kesempatan didalam majlis tersebut sedikit jamuan ringan Hi -Tea PAS Hulu Langat dan wakil DHPP meraikan penduduk berbangsa India yang menyambut deepavali dan pelbagai kaum yang bersama dalam majlis tersebut.

“ISLAM MEMIMPIN MUAFAKAT NASIONAL”

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *