🚩 Dalam konteks Singapore, semua agama bebas diamalkan tetapi tidak bebas untuk disebarkan. Agama dipercayai sebagai sumber yang mendorong kepada perbalahan dalam masyarakat. Maka semua agama tidak harus disebarkan dan hanya menjadi amalan dan urusan peribadi sahaja.
🚩 Dalam konteks Malaysia pula, Islam bebas diamalkan dan disebarkan. Agama selain Islam, bebas diamalkan dan tidak bebas untuk disebarkan. Hak Islam ini disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, namun perlembagaan boleh diubah. Mungkin pada masa akan datang keadaan boleh berubah.Orang Islam perlu mengukuhkan keyakinan terhadap agama termasuklah perbandingan agama kerana mempelajari perbandingan agama bukan bermakna menghina tetapi mengkaji aspek persamaan dan perbezaan. Dengan membuat perbandingan ini, kita akan lebih meyakini agama kita sendiri dan lebih memahami konsep agama kita dan menghargainya berbanding dengan agama lain.
Dengan perbandingan agama juga, kita mampu berinteraksi dengan penganut agama lain dengan berkongsi pandangan tentang agamanya kerana kita ada maklumat mengenainya.
Kelebihan kepada Islam yg ada dalam perlembagaan perlu diperkukuhkan dan diperjuangkan dengan bijaksana supaya Islam terus dimartabatkan.