Sabtu 23 November 2019:Bandar Seri Putra,Bangi,
Program Sunathon kerjasama antara Masjid Bandar Seri Putra dan UKMKesihatan kali ke-4 ini telah selamat selesai dengan jayanya.
Seramai 70 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dengan kesemuanya telah dikhatankan pada masa tersebut walaupun ada beberapa orang diantaranya pada mulanya merasa ragu-ragu namun dengan kerjasama ibubapa dan team khatan UKMK mereka dapat dipujuk dan akhirnya pasrah untuk dikhatankan.
Pesilat cilik daripada Kelab Pesilat Cilik (KCH) – KCH Fatani telah mempersembahkan demonstrasi silat dengan penuh semangat. Alhamdullilah, peserta khatan tanpa rasa takut telah menunaikan tanggungjawabnya dan menurut kata ibubapa tanpa bantahan.
Semoga semuanya berjalan dengan baik sebelum dan selepas khatan. Bila dah betul-betul sembuh adik-adik bolehlah ajak ibubapa jalan-jalan.
sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2710690468987120&id=120427501346776