Selamat Ulangtahun PAS ke 68 di Persada Politik Malaysia…

Tanggal 24 November 2019 merupakan ulangtahun ke 68 Parti Islam Se Malaysia PAS.

Menurut rekod PAS didaftarakan oleh Pendaftar Pertubuhan ketika itu pada tahun 1951, dizaman Penjajahan British dan sempat menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama sebelum Merdeka pada tahun 1955 yang dikendalikan pihak penjajah.

Sudah pastilah dengan usia sebegitu lama, PAS telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman menjadikan ia semakin matang dan terlibat dalam mencorakkan lanskap politik negara dewasa ini.

Terbukti PAS bukannya sebuah parti eksklusif yang hanya menghimpunkan lulusan dan pakar agama atau cuma mahu berjuang untuk membentuk sebuah teokrasi. 68 tahun usianya menunjukkan PAS sesungguhnya sebuah parti inklusif sebuah parti massa yang berjuang untuk nasib, kebajikan dan masadepan ummah serta tanahair dengan meletakkan Islam sebagai dasar dan terasnya.

Sebagai sebuah parti politik, PAS sentiasa terbuka untuk membentuk pakatan atau kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang boleh menghormati dasar dan prinsipnya demi kepentingan negara.

Dalam Pilihanraya Umum yang pertama setelah Merdeka pada tahun 1959, PAS menjalin kerjasama politik dengan Parti Negara yang dipimpin Allahyarham Dato Onn bin Jaafar, pengasas Umno yang telah disish oleh parti berkenaan. PAS malah memberi laluan kepada Dato Onn untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu Selatan dan menang sehingga menjadi wakil tunggal partinya di Parlimen.

Pada tahun itu juga PAS mencalonkan bekas Ketua Kaum Ibu Umno, kini Ketua Pergerakan Wanita, Allahyarham Khatijah Sidek yang dipecat Umno dan menyeratai PAS sebagai calon di kerusi Parlimen Dungun dan menang menjadi wakil wanita pertama PAS di Parlimen.

Dan begitulah seterusnya dari tahun ke tahun, dalam jatuh bangun usianya, PAS terus tidak sunyi dalam membawa politik Islam sebagai formula penyelesaian permasalahan ummah secara konsisten dan tidak pernah sekali-kali lentur atau kendur dalam mempertahankan prinsip ini.

Ketika negara bangkit menentang ancaman pengganas kominis yang dipelopori Parti Komunis Malaya atau PKM, PAS bersama menentang fahaman komunis. Ketika negara bangkit mengahadpi anacaman Presiden Sukarno dari Indonesia, PAS juga bersama bangkit.

Malah ketika negara tergugat keselamatannya angkara perbalahan kaum selepas PRU 1969, PAS menyokong usaha kerajaan menentang politik perkauman dan membangunkan masyarakat melalui perpaduan dan Rukunegara.

Atas sifat keprihatinan PAS, yang juga mahu melihat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, bersatu, PAS memilih untuk menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan dan kemudiannya bersama Allahyarham Tun Abd Razak menjadi parti komponan yang membetnuk Barisan Nasional.

Ini sekaligus menafikan beberapa siri tuduhan jahat bahawa kononnya PAS sebuah parti ekstrimis, radikal, rasis dan tidak mementingkan nasib dan masadepan kaum dan agama lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagaimana parti-parti lain, akan ada ahli-ahli yang terlajak dalam membawa perjuangan parti sehingga tersasar dari landasan sebenar, ini bukan sahaja boleh berlaku pada PAS tetapi mana-mana parti politik sekali pun.

Apabila ini berlaku PAS bertindak terhadap ahli-ahli berkenaan melalui proses dalaman. PAS tidak pernah membela atau mempertahankan mana-nama ahli atau pimpinannya yang radikal, apalagi melanggar dan menyalahi undang-undang negara.

Kerana kepercayaan rakyat padanya, PAS diberikan mandat memerintah negeri-negeri Kelantan (hingga kini), Terengganu (1959-61, 1999-2004, 2018 hingga kini) Kedah (2008-2013) dan kerajaan campuran di Perak (1999) dan Selangor selain bersama dalam kerajaan Persekutuan BN 1974-78.

Islam yang didukung PAS telah diletakkan sebagai asas pemerintahan apabila berkuasa dan ternyata ia telah melahirkan pentadbiran yang telus dan bersih, bebas rasuah serta benar-benar menjiwai hati dan kehendak rakyat.

Hari ini pada usianya yang cukup dewasa PAS terus berperanan dalam arus perdana politik negara. PAS bukannya lagi parti “Tok Lebai” sebagaimana yang cuba dimomokkan oleh musuh-musuh politiknya, tetapi hari ini pimpinan PAS dilihat sebagai negarawan atau “statesman” dan pandangan serta sikap PAS dihargai dan malah dalam isu-isu besar negara ia ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Diperingkat antarabangsa juga pimpinan PAS diiktiraf sehingga berperanan dan dilibatkan, PAS kini dikenali di dunia antarabangsa dan pimpinannya menyertai dan diundang di persidangan dan forum peringkat dunia.

Parti kecil yang diasaskan oleh orang-orang kampung tetapi yang punya matlamat dan dasar perjuangan yang cukup besar ini hari ini sudah melonjak naik menjadi parti yang menentukan nasib dan halatuju politik negara.

Kalau ditinjau rekod, PAS pernah menjalin kerjasama dengan hampir semua parti-parti politik dalam negara. Tetapi apabila bertembung antara hubungan dengan mempertahankan prinsip, PAS memilih untuk tidak berganjak dari prinsipnya. Lantas ada diantara hubungan itu terpaksa putus oleh kerana rakan-rakan politik yang curang dan memaksa.

Tetapi rakyat melihat kejujuran PAS dan rakyat sedar bahawa PAS bukannya mahu mengejar kedudukan dan kuasa semata-mata tetapi bagi PAS menjulang dan mendaulatkan Islam itu menjadi tunjang perjuangannya dengan harapan rakyat dan negara akan menjadi aman dan sejahtera melaluinya.

Hari ini PAS menjalin hubungan dengan Umno melalui Muafakat Nasional. Satu jalinan hubungan yang tidak pernah terlintas dalam benak fikiran rakyat. Parti Melayu Islam yang berseteru sejak masing-masing ditubuhkan, hari ini boleh mengenepikan perbezaan dan perbalahan yang lampau dan duduk bermuafakat menyusun gerakerja politk bersama.

Bagaimana ini boleh berlaku? I

Itulah PAS. 68 tahun usianya dalam politik tanahair, yang PAS pentingkan adalah penyatuan dan perpaduan ummah yang kuncinya di bawa oleh Islam.

Alhamdulillah hasil ketentuan Allah swt, pasca PRU ke 14 dibukakan pintu hati pimpinan kedua parti untuk masing-masing duduk memikirkan nasib dan halatuju agama dan bangsa. Rupanya Islam telah meletakkan garis dan dasarnya, dan atas permuafakatan bersama kedua pihak bersetuju untuk kembali pada Islam dan dengan itu terjalinlah Muafakat Nasional.

Inilah perjuangan PAS sekian lama di Malaysia, bukannya mahu mewujud negara Taliban atau mencetuskan perang antara kaum sebagaimana tuduhan jahat DAP tetapi sebenarnya mahu meyatupadukan ummah di bawah payung Islam dan melalui penyatuan itu terbentuklah negara yang aman dan sejahtera dimana rakyat pelbagai kaum boleh bersama hidup hurmat-menghurmati serta bebas mencari rezeki dan menjana ekonomi tanpa berbalah dan bersengketa.

Kini rakyat Malaysia sudah menerima perjuangan PAS dan tidak mustahil dalam waktu terdekat politik baru Muafakat Nasional akan menjadi pilihan rakyat untuk mengemudi negara secara adil dan saksama tanpa ada penipuan atau jani-janji palsu serta politik rasis dan ektrimis lagi.

Selamat ulangtahun ke 68 PAS.

Sumber :Roslansms@gmail.com

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *