Program Free Market (Pasar Percuma) BSP 7.0 cakna kebajikan…

Bandar Seri Putra, 1 Disember 2019

Program Free Market (Pasar Percuma) siri ke 7 sejak diperkenalkan pada tahun 2012 anjuran PAS Cawangan Bandar Seri Putra telah mendapat sambutan mengalakkan daripada penyumbang dan juga penerima sumbangan.Penerima sumbangan yang terdiri daripada asnaf dan OKU adalah tetamu VVIP yang diraikan oleh penganjur.Program ini mendapat sokongan daripada YDP Pas Kawasan Hulu Langat,Tuan Haji Mohamad Jan Sulong.Beliau berkata ‘Program Free Market 7.0 ini adalah satu program berkonsepkan takaful dimana ada pihak yang sudi memberi sedeqah dengan hati yang ikhlas dan ada pula penerima yang sambut pemberian tersebut dengan penuh kesyukuran. Muafakat ini amat bermakna didalam usaha eratkan silaturrahim dengan berkongsi rezeki Allah swt.Beliau berkongsi kisah bagaimana akhlak Rasullulah s.a.w yang memberi makan kepada ibu tua buta ( yahudi) dengan seikhlas hati.Selepas wafat Rasullulah s.a.w, maka Saidina Abu Bakar menyambung tugas memberi makan bersuap kepada ibu tua buta tersebut.Sehingga ibu tua berkata dimanakah perginya orang yang sebelum ini?.Saidina Abu Bakar berkata bahawa Rasullulah s.a.w telah wafat.Akhirnya perempuan tu masuk Islam.Allahu akbar.

Moga penganjuran program kebajikan free market ini dapat diperluaskan ke cawangan lain.Insha Allah.

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=129527771824620&id=108400310604033

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *