Himpunan Pengganas Komunis Bakal Merobek Kesejahteraan Negara.

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN HULU LANGAT

2 Disember 2019 | 5 Rabiulawal 1441H

Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL) dimaklumkan telah berlaku satu himpunan lebih kurang 300 bekas pejuang ideologi komunis yang diharamkan di Negara ini telah diadakan di Kajang semalam bagi memperingati ulang tahun ke 30 Perjanjian Damai Hat Yai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Melaya pada 2 Dis 1989.

Sehubungan dengan penentangan seluruh rakyat terhadap agenda dan idealogi Komunis sekian lama di Negara tercinta ini, maka DPPHL merasa terpanggil untuk menuntut penjelasan dari Jawatankuasa program mengapa pertemuan bekas-bekas pengganas Komunis yang telah diharamkan sekian lama kini dihimpunkan semula bagaikan mahu dihidupkan kembali idealogi komunis di Negara ini.

DPPHL juga menutut penjelasan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali serta Dr Micheal Jayakumar dari Pasrti Sosialis Malaysia bagi menjelaskan kepada rakyat termasuk kelaurga mangsa apakah hubungan mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti DAP, PKR dan PSM dengan kegiatan Komunis ini dan atas kapasiti apakah mereka hadir pada Majlis tersebut.

DPPHL juga merasakan sangat hairan mengenai sambutan ulang tahun itu mampu diadakan sedangkan sebelum ini ia tidak pernah diraikan, maka kami DPPHL menuntut satu siasatan dibuat terutama oleh pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja program itu, Wong Kam Leong tentang dari mana sumber kewangan mereka perolehi dan siapa yang menaja program tersebut.

Sehubungan itu pihak kami juga menuntut satu siasatan segera dibuat mengenai penglibatan Adun dan MP PH serta pemimpin PSM di dalam himpunan bekas-bekas penaganas komunis ini dan apakah kaitan mereka dengan agenda Komunis yang dilihat secara terang menyokong pertubuhan mereka ini.

Tuntutan dan desakan ini dibuat bagi menjamin Kedaulatan Negara ini diperintah dengan bersih dan diajuhi dari pemerintah yang mempunyai agenda dan anasir idealogi komunis yang secara jelas tercatat dalam sejarah mereka pernah melakukan keganasan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada rakyat dalam mencapai impian mereka. Seterusnya demi menjamin kestabilan politik Negara ini pada landasan yang betul sesuai dengan kehendak Islam yang menjadi agama rasmi Negara ini, “Jangan sudah terhantuk baru tergadah”.

Shehdi Hazrik Shamsudin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *