- Akhir-akhir ini, negara selalu dikejutkan dengan bermacam isu yang melanggar adab & tatasusila rakyat Malaysia, apalagi negara ini merupakan negara majoriti Muslim.
 - Terbaru, Ekspo Tattoo 2019 yang mempamerkan peragaan separuh bogel oleh mereka yang terlibat di khalayak dengan anggapan tattoo sebahagian dari kesenian negara.
 - Apa yang berlaku cukup melampaui adab tatasusila rakyat Malaysia yang dikenali dengan sifat yang penuh kesantunan.
 - Kerosakan apa lagi yang mereka ingin pamerkan? Sudah cukup banyak anasir-anasir negatif dari barat mendarat di bumi Malaysia ini, ditambah lagi dengan peragaan dengan elemen lucah sebegini.
 - Yang lebih memalukan, latar belakang Ekspo yang tertera mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, sedangkan ekspo yang berlangsung sangat tercemar dan bertentangan dengan rukunegara Malaysia sendiri, iaitu : Kesopanan dan Kesusilaan.
 - Isu ini turut mendapat perhatian dari DYMM Raja Permaisuri Agong yang turut terkejut dengan apa yang telah berlaku.
 - Dengan itu, kami DMPHL menyeru seluruh Muslimin & Muslimat agar kita sama-sama menentang anasir-anasir merosakkan begini yang semakin membarah di bumi yang kita cintai ini.
 - Kami juga menyeru pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan & tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang sewenang-wenangnya mencemarkan kemurnian Malaysia.
 
9.Jangan biarkan perkara seperti ini membarah & merosakkan kesusilaan rakyat, serta perlembagaan negara kita. Kita tidak mahu budaya rimba menular di bumi kita. Sedangkan tarzan sendiri ada cawatnya.
- Justeru, marilah kita sama-sama berdoa, agar bumi ini masih dipelihara Allah dari bala bencana lantaran berleluasanya kemungkaran.
 
Pn. Hjh. Zaiton Ahmad
Ketua Muslimat 
Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat

