Ekspo Tatoo 2019 : Kerosakan apakah lagi ingin dipamerkan?

  1. Akhir-akhir ini, negara selalu dikejutkan dengan bermacam isu yang melanggar adab & tatasusila rakyat Malaysia, apalagi negara ini merupakan negara majoriti Muslim.
  2. Terbaru, Ekspo Tattoo 2019 yang mempamerkan peragaan separuh bogel oleh mereka yang terlibat di khalayak dengan anggapan tattoo sebahagian dari kesenian negara.
  3. Apa yang berlaku cukup melampaui adab tatasusila rakyat Malaysia yang dikenali dengan sifat yang penuh kesantunan.
  4. Kerosakan apa lagi yang mereka ingin pamerkan? Sudah cukup banyak anasir-anasir negatif dari barat mendarat di bumi Malaysia ini, ditambah lagi dengan peragaan dengan elemen lucah sebegini.
  5. Yang lebih memalukan, latar belakang Ekspo yang tertera mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, sedangkan ekspo yang berlangsung sangat tercemar dan bertentangan dengan rukunegara Malaysia sendiri, iaitu : Kesopanan dan Kesusilaan.
  6. Isu ini turut mendapat perhatian dari DYMM Raja Permaisuri Agong yang turut terkejut dengan apa yang telah berlaku.
  7. Dengan itu, kami DMPHL menyeru seluruh Muslimin & Muslimat agar kita sama-sama menentang anasir-anasir merosakkan begini yang semakin membarah di bumi yang kita cintai ini.
  8. Kami juga menyeru pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan & tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang sewenang-wenangnya mencemarkan kemurnian Malaysia.

9.Jangan biarkan perkara seperti ini membarah & merosakkan kesusilaan rakyat, serta perlembagaan negara kita. Kita tidak mahu budaya rimba menular di bumi kita. Sedangkan tarzan sendiri ada cawatnya.

  1. Justeru, marilah kita sama-sama berdoa, agar bumi ini masih dipelihara Allah dari bala bencana lantaran berleluasanya kemungkaran.

Pn. Hjh. Zaiton Ahmad
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *