Membentuk Generasi Celik Al-Quran

JUMAAT | 13 DISEMBER 2019

TAMAN LAGENDA SURIA,DUSUN TUA,HULU LANGAT – NGO Persatuan Amal Kebajikan Hulu Langat (PERAMAH) dengan kerjasama SRITI Dusun Tua,Hulu Langat telah menganjurkan program ” JOM MARI MENGAJI AL-QURAN” dibawah kelolaan Ust Yazid dan Ust Fazli selama 3 minggu bertempat di SRITI Dusun Tua.Objektif program ini sempena cuti sekolah adalah untuk membentuk dan mendidik anak muda khasnya agar menjadi generasi celik al-quran.Seramai 25 orang peserta yang menyertai program ini.Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat,Hj Mohamad Jan Sulong.

Antara intipati ucapan YDP PKHL yang boleh diambil pengajaran dan muhasabah:
1.Sekalung penghargaan dan tahniah diatas usaha gigih khasnya dikalangan pendidik terdiri daripada pemuda didalan mendidik remaja dengan al-quran sejak kecil lagi.
2..Nilai nilai murni daripada Al-Quran perlu dihayati dan disuburkan didalam jiwa kanak-kanak dan remaja sehingga akhir hayat.

3.Sekiranya kita bersama dengan Al-Quran, maka Al-Quran akan menjadi benteng rohani didalam menghadapi cabaran di dunia alaf baru yang serba mencabar.
4.Akhir kata YDP,”Pas sentiasa memberikan komitmen yang penuh didalam usaha dakwah dan tarbiyah dengan matlamat agar masyarakat islam dapat beramal dengan sunnah Rasullulah SAW berpandukan Al-Quran”.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *