Travelog Umrah Siri 1:Ibrah dari Sirah Perjuangan Rasullullah S.A.W.

Alhamdulillah tanggal 28 Nov – 9 Disember lalu diberi kesempatan dan rezeki sekali lagi untuk menjadi tetamu allah. Bertamu di Makkah dan Kota Rasulullah SAW Al Madinah . Bertandang kali ini bersama keluarga.

Sedikit catatan ziarah Kota Al Madinah dan juga ziarah maalim menelusuri Sirah perjuangan Rasulullah SAW.

Bersama grup umrah bimbingan Ustaz Mohd Sayuti , kami ziarah ke medan Uhud . Antara sejarah pertempuran utama dalam sirah yang menyaksikan gugur syahid 70 org sahabat termasuk penghulu Syuhada’ Saidina Hamzah. Berkesempatan juga menziarahi lokasi perang khandak dan beberapa tempat sekitaran Madinah.

  1. Melihat dan memahami lokasi medan Uhud ,menampakkan strategi besar Rasulullah SAW dalam menghadapi peperangan berdasarkan penempatan 50 pemanah di Jabal Romat dan penempatan tentera umat islam dan pemilihan tentera untuk turut serta didalam peperangan.

ibrah dari Sirah – Apa yg boleh dipelajari dari sirah ialah dalam perjuangan perlu kepada strategi. Pimpinan perlu berstrategi dengan hikmah dan kebijaksaan

  1. Pengingkaran arahan Rasulullah SAW oleh pemanah di Jabal Romat mengakibatkan kucar kacir pertahanan tentera islam dan Rasulullah SAW terpaksa berundur ke arah Jabal Uhud . Tubuh Rasulullah SAW telah tercedera dan ramai para sahabat gugur syahid. Kesan dari peristiwa peperangan uhud , para sahabat selepas itu tidak pernah lagi menyanggah arahan Rasulullah SAW.

ibrah dari sirah – Dalam jemaah , antara elemen penting dalam melaksanakan tugasan adalah wala’ dgn kepimpinan selagi tidak bercanggah dgn quran dan sunnah. Berbeza pandangan adalah lumrah tapi hormati pandangan syura dan pimpinan yg memutuskan halatuju sesuatu perkara .

  1. Kami berkesempatan menziarahi sekitar perkampungan Bani Haram dimana terletak rumah Jabir Bin Abdullah yg menjemput Rasulullah SAW bertamu dirumah utk menikmati hidangan Kari anak Kambing ketila usaha menggali parit pada masa perang khandak.. Disaksikan juga Mukjizat Rasulullah SAW makanan itu cukup utk tentera dan para sahabat berjumlah hampir 1200 org. Dikawasan sekitar itu juga ada lokasi Rasulullah bermunajat ketika menghadapi Perang khandak.

Ibrah dari sirah – elemen doa dan munajat para pejuang tidak boleh tidak perlu ada pada para mujahidin. Doa dan diikuti oleh usaha dan tawakkal. Dan penyerahan mutlak diri memohon pertolongan dari allah.

Sedikit perkongsian utk manfaat bersama . Suntikan semangat perjuangan dari sirah Rasulullah SAW

Al faqir ilallah
Shahril Adha Zamhury
NYDP Pas Kawasan Hulu Langat
Pengarah JPrP HL

Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157736487982381&id=834897380

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *