Sokongan meningkat untuk DHPP Pas Kawasan Hulu Langat

SELASA | 18 DISEMBER 2019

SHAH ALAM : DHPP Pas kawasan Hulu Langat (PKHL) yang diwakili oleh YDP PKHL, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong telah menyerahkan 50 borang keahlian DHPP PKHL kepada Setiausaha DHPP PAS Selangor,Saudara Amba yang disaksikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,Dato Ahmad Yunos dan SU perhubungan PAS Selangor,Sdr Roslan Dato Shahir.

Penyerahan borang keahliah PAS daripada DHPP Pas Kawasan Hulu Langat diwakili YDP, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong disaksikan oleh Dato Ahmad Yunos,Persuruhjaya PAS Selangor.


YDP PKHL, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong berkata “Tsunami rakyat berbilang kaum diMalaysia terdiri daripada kaum cina dan india merasa tertipu dengan janji manis Manifesto PH semasa PRU14 yang menyaksikan tumbangnya era pemerintahan BN selama 60 tahun.Namun sokongan yang mereka berikan kepada kerajaan PH mula terhakis sedikit demi sedikit disebabkan banyak janji manis tidak dapat dilaksanakan khususnya mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan kurang harga petrol ,hapuskan TOL & banyak lagi.Mereka kini sedar dan mula memberikan sokongan kepada PAS/Muafakat Nasional.

Alhamdullilah,sejak 2 bulan lalu bermula november2019 sehingga 18 Disember2019, seramai 120 org pemilih berdaftar terdiri daripada kaum cina dan india di Hulu Langat telah mendaftarkan keahliaan DHPP PKHL dan menjadikan DHPP sebagai platform untuk bersama dengan PAS didalam matlamat membela semua kaum serta prihatin terhadap masalah yg dhadapi rakyat”.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *