Jabatan Amal Malaysia (JAM) Hulu Langat lancar Operasi Air di kawasan terjejas

ISNIN | 23 DISEMBER 2019

SEMENYIH – Jabatan Amal Malaysia (JAM) Hulu Langat yang dikenali Semut Merah bekerjasama dengan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Hulu Langat, PAS cawangan Bandar Bukit Mahkota,Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra telah menjalankan misi Operasi Air dikawasan terjejas bekalan air disebabkan penutupan dan hentitugas Loji Rawatan Air Selangor setelah dikesan berlakunya pencemaran bau.

Dengan kekuatan 2 jentera 4×4 Ranjer dengan dibantu 10 petugas amal dan tangki air sebanyak 1000liter padu telah bergerak ke destinasi kawasan yang terjejas di Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra sebanyak 4 kali pusingan.

Menurut pengarah operasi Air JAMHL ,Sdr Ali Murad berkata,” Sudah 3 hari terputus bekalan air daripada Air Selangor,maka JAMHL terpanggil utk menjalankan ‘Operasi Air’ di mana kita menghantar air ke kawasan yang kritikal. Walaupun kapasiti tangki kecil hanya 1000liter dengan hanya 2 tangki yang diletakkan di atas 2 kereta pikap Amal 4×4.Kami berharap usaha kecil ini dapat mengurangkan bebanan rakyat dengan masalah air”.Moga bekalan air kembali pulih seperti sedia ada dalam tempoh terdekat ini.

Pautan berita berkaitan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/528453/masalah-air-pulih-dua-hingga-tiga-hari

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/23/holes-in-sewerage-network#.XgAfforYHvM.whatsapp

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/22/indah-water-to-permanently-seal-all-manholes-in-bandar-bukit-mahkota#.XgAf4IYcT6A.whatsapp

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *