PRK Kimanis bermula : Selamat Mengundi Calon Muafakat Nasional 18 Januari 2020

SABTU | 4 JANUARI 2020

Kimanis,Sabah : Hari ini bermula  penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dijadual jam 9.00 pagi ini dengan tumpuan terarah kepada jumlah calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di Beaufort dekat sini menjadi lokasi Pusat Penamaan Calon bagi PRK ke-10 itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh satu jam kepada calon bagi mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

SPR menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini manakala penamaan calon pada 4 Januari dan pengundian awal 14 Januari.

Pada PRK kali ini, Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, sebagai calon parti berkenaan.

Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan Ketua Umno  Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon mereka. Manakala Parti Warisan Sabah meletakkan Ketua Bahagian Kimanis Datuk Karim Bujang

Beberapa calon yang bakal bertanding atas tiket Bebas juga dijangka mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat penamaan calon itu hari ini berkata, sebanyak 14 borang pencalonan bagi pilihan raya kecil itu sudah dijual setakat ini.

Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

sumber:

1.https://malaysiadateline.com/penamaan-calon-prk-kimanis-hari-ini/

2.https://www.sinarharian.com.my/article/64512/PRU/PRK-Kimanis/PRK-Kimanis-bermula-dengan-penamaan-calon

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *