Jom Anak muda Sertai PAS

Khamis | 9 Januari 2020

Antara Strategi musuh Islam adalah menjauhkan anak-anak muda dan ummatnya dari politik Islam.

Sebab itu jika kita lihat, Ummat Islam Solat, mereka boleh biarkan, Ummat Islam berpuasa mereka juga ada yang boleh berbuka bersama. membayar zakat tidak pernah dihalang dan sebagainya.

Sekalipun kita menyedari musuh-musuh Islam akan sentiasa memastikan Syariat dan kepatuhan manusia kepada Allah mesti dihapuskan. Dan mereka juga mulakan dengan menjauhkan ummat Islam dari politik Islam (urus tadbir wilayah dengan Syariat Islam)

Mereka memperluaskan jajahan kuasa mereka di wilayah ummat Islam dengan membiarkan ummat Islam tumpu kepada ibadah dan jauhkan ummat Islam dari mengurus pentadbiran wilayah dengan syariat Islam.

Kini, mereka mencipta Watak-watak ahli Politik yang membosankan sehingga membina persepsi “politik itu kotor “, “politik itu Bosan”. Sedangkan Syariat kita tersempurna dengan ummat Islam berpolitik dengan erti kata mengurus Wilayah dengan syariat Islam.

Setelah Pelbagai Ideologi dan formula rekaan manusia diberikan ruang, ayuh!!!! Kita bersama membenarkan Syariat Islam ditegakkan.

Saya menyeru sekelian anak muda, ayuh bersama Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ketua Dewan Pemuda Selangor

Ust Hanapi Zulkapli

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *