Ziarah Pimpinan PKHL ke Zon Mujahidin Sentosa

SABTU | 11 Januari 2020

Zon Mujahiddin Sentosa, Semenyih – PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) yang dipimpin oleh YDP PKHL, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong telah membuat usaha pemerkasaan parti dengan menjalankan aktiviti ziarah PAS cawangan oleh barisan kepimpinan PKHL. Lajnah Pemerkasaan Organisasi (LPO) diketuai oleh Ust Asri Latif telah pecahkan cawangan cawangan ikut zon. Pada kali ini, Zon Mujahidin Sentosa telah menjadi pilihan untuk aktiviti ziarah cawangan.

Zon Mujahidin Sentosa yang terdiri dari cawangan berikut:

1) Kampung Sentosa
2) Tmn Sri Tanjung
3) Kg Pasir Baru
4) Tmn Sri Haneco
5) Semenyih Indah
6) Desa Mewah
7) Taman Kantan Permai
8) Desa Sri Jenaris

PASTI Taman Seri Tanjung dipilih tempat berkumpulnya cawangan-cawangan Zon Mujahidin Sentosa, Semenyih ini. Seramai 50 ahli PAS hadir memberikan komitmen.

Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memelihara ukhwah diantara barisan kepimpinan kawasan dan cawangan serta memudahkan sebarang gerak kerja di masa hadapan, insyaAllah.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *