Perangi Covid-19 : PAS Kawasan Hulu Langat serah bantuan kepada anggota barisan hadapan

Rabu | 15 April 2020

Kajang , Hulu Langat – PAS kawasan Hulu Langat telah mengambil inisiatif mengedarkan sebanyak 60 set PPE dan 60 unit pelindung muka atau face shield untuk digunakan oleh anggota kesihatan barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 bertempat di Hospital Kajang. Pelindung muka ini merupakan antara komponen penting pelindungan diri yang dipakai oleh anggota kesihatan bersama kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lain sebagai langkah perlindungan keselamatan mengelakkan terdedah secara langsung dengan virus Covid-19. Penyerahan ini dilakukan sendiri oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS Hulu Langat, Puan Zaiton Ahmad kepada wakil Hospital Kajang.Menurut YDP PKHL,”Kita hendaklah sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dengan sentiasa amalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan , memakai topeng muka jika berada di luar rumah dan duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian covid-19 ini”,katanya

Jangkitan Covid-19 yang kini telah mencecah jumlah kes keseluruhan sebanyak 5072 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Mukim Kajang terletak di bawah daerah Hulu Langat merekodkan jumlah tertinggi dengan 146 kes diikuti Hulu Langat dengan 142 kes, Damansara (122), Petaling serta Klang (118), Bukit Raja (105), Ampang (68), Cheras (53), Hulu Kelang (50), Kapar (49), Dengkil (48) dan Batu (43).

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *