Covid 19 : Khidmat Malaysia Hulu Langat agih sumbangan awal Ramadhan 1441H/2020M

Selasa| 22 April 2020

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون

Maksudnya : kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al-Hajj :77)

Sungai Kembung, Semenyih – Khidmat Malaysia Hulu Langat yang diketuai oleh Naib YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Sdr Shahril Adha Zamzury bersama sukarelawan daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PKHL dan DPPKHL serta Jabatan Amal Malaysia Hulu Langat meneruskan bakti pada Ahad lepas , 20 April 2020 di sekitar Kg Sesapan Batu dan Sungai kembung di DUN Semenyih. Sebanyak 30 kit bantuan keperluan asas makanan seperti beras, minyak , tepung, gula, kurma dan barangan lain telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan sejak perlaksanaan PKP bagi memerangi wabak Covid-19. Kebanyakan penerima sumbangan ini terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri dan penjaja kecilan yang terjejas pendapatan harian mereka ekoran perlaksanaan PKP ini. Mereka amat bersyukur dan berterima kasih diatas bantuan yang disampaikan sekurangnya dapat sedikit membantu didalam menyambut persiapan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Pematuhan pada ketetapan KKM kepada semua amilin dan sukarelawan Khidmat Malaysia Hulu Langat amat dititiberatkan terutamanya dari segi penjarakkan sosial dan prosedur standard operasi (SoP) semasa agihan bantuan dilakukan bagi memastikan keselamatan diri masing masing.

Kami amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada para dermawan yang ikhlas membantu didalam usaha untuk meringkan beban kepada mereka yang terkesan dengan perlaksaanan PKP bagi memutuskan rantaian Covid-19. Bersama kita kongsikan rezeki Allah dengan mereka yang memerlukan. Sumbangan anda semua amatlah dihargai.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun NGO berikut:

✅ PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEMENYIH SEJAHTERA | AKAUN MAYBANK : 562526516177

☎️ ZULKEPLI : +60192226181

✅ HULU LANGAT PRIHATIN : AKAUN BANK ISLAM : 12029010071359

☎️ ZULFIKRI : +60136447346

SILA HUBUNGI :

✅ KAWASAN HULU LANGAT

☎️ SHAFARIN : +60133802601

✅ DUN SEMENYIH

☎️ ALI MURAD : +601134647663

✅ DUN DUSUN TUA

☎️ USTAZ SAUPI : +60102458543

Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua Dunia & Akhirat… allahumma aamiin

#kitamestimenang

#Stayathome

#CegahCovid-19

SHAHRIL ADHA ZAMHURY
KHIDMAT MALAYSIA HULU LANGAT

MONTAJ 1 OPERASI KEBAJIKAN PAS N24 ⚠️ RAYUAN SUMBANGAN DANA COVID 19 KHIDMAT MALAYSIA HULU LANGAT ⚠️وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونMaksudnya : kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al-Hajj :77)Alhamdulillahkami telah bergerak menyampaikan sumbangan pada keluarga yang kesusahan terputus bekalan makanan masyarakat sekitar termasuk warga asing dari awal Perintah Kawalan Pergerakan sehingga kini hasil dari sumbangan tuan dan puan yang budiman. 🛒 *Serahan lebih 1150 kit bantuan makanan asas kepada keluarga mereka yang terjejas dan memerlukan diseluruh Hulu Langat, termasuk lebih 150 keluarga bukan Warnanegara*🏨 *Serahan PPE kepada frontliners di IJN , Hospital Klang dan Hospital Kajang*• 374 set jubah PPE• 375 set tudung PPE• 327 set sarung kasut Yang dijahit oleh team Muslimat Hulu LangatMemasuki fasa 3 PKP dan Ramadhan yang bakal menjelang , dana yang semakin kurang dan permohonan sumbangan yang makin bertambah , sumbangan dari tuan2 dan puan2 amatlah dihargai dan moga sama-sama kita dapat membantu mereka yang memerlukan⚠️ TABUNG SUMBANGAN KEBAJIKAN COVID 19 : KAWASAN HULU LANGAT ⚠️✅ PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEMENYIH SEJAHTERA | AKAUN MAYBANK : 562526516177☎️ ZULKEPLI : +60192226181✅ HULU LANGAT PRIHATIN : AKAUN BANK ISLAM : 12029010071359☎️ ZULFIKRI : +60136447346Tuan Puan yang ingin menyumbang dan memohon bantuan boleh menghubungi nama2 tertera dibawah SILA HUBUNGI :✅ KAWASAN HULU LANGAT☎️ SHAFARIN : +60133802601✅ DUN SEMENYIH☎️ ALI MURAD : +601134647663✅ DUN DUSUN TUA ☎️ USTAZ SAUPI : +60102458543Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua Dunia & Akhirat… allahumma aamiinSHAHRIL ADHA ZAMHURYBagi pihak KHIDMAT MALAYSIA HULU LANGAT

Posted by Muhammad Syafawi on Ahad, 19 April 2020

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *