Selasa | 22 April 2020
Bandar Seri Putra, DUN Semenyih – Ziarah kebajikan dilakukan oleh YB ADNS Semenyih, Tuan Haji Zakaria Hanafi ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra bertujuan untuk mendekati tugasan barisan hadapan (frontliner) khasnya pegawai perubatan didalam usaha memastikan rantaian Covid-19 ini berjaya diputuskan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau juga menyampaikan sedikit sumbangan termasuklah penutup muka dan barangan keperluan asas kepada wakil KK Bandar Seri Putra.
Didalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan mendengar taklimat ringkas proses saringan Covid-19 yang dilakukan oleh pegawai perubatan di KK Bandar Seri Putra. Sama kita jaga diri dengan mengikut arahan PKP antaranya duduk di rumah , penjarakan sosial 1 meter dan memakai penutup muka bila berurusan di luar rumah. Sama kita berdoa agar wabak Covid-19 ini dapat diatasi dengan segera dikala umat islam bakal menyambut Ramadhan 1441H didalam beberapa hari lagi.