Ucapan Tahniah daripada KUIS kepada TGHA

Selasa | 22 April 2020

INTERNATIONAL UNION FOR MUSLIM SCHOLARS

UCAPAN PENGHARGAAN OLEH KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA (KUIS) KEPADA YB TN. GURU HJ ABDUL HADI AWANG BERSEMPENA PERLANTIKAN SEBAGAI DUTA RASMI MEWAKILI PM KE ASIA TENGAH

Tuan Yang Mulia,
Syiekh Abdul Hadi Awang Muhammad,

Duta Khas (Menteri rasmi mewakili PM)
Anggota kesatuan ulama Islam sedunia

Assalamulaikum wbt, dan seterusnya,

Kami dari kesatuan ulama mengucapkan setinggi tinggi pengharapan dan penghormatan, dan berharap kamu berada dalam keadaan baik, afiah dan bertambah petunjuk dan kekuatan.

Sesungguhnya telah sampai kepada kami berita gembira terhadap perlantikan kamu sebagai Duta Khas (Menteri Rasmi wakil PM) bagi Asia Tenggah, iaitu suatu jawatan dan kedudukan yang selayaknya bagi latarbelakang kamu yang Mulia, dan bagi peranan kamu yang luas di arena global, agama dan arena politik Malaysia, dan begitu juga terhadap usaha dan kesungguhan kamu kearah kesatuan ummah/tanahair di Malaysia, dengan berpegangnya kamu terhadap kestabilan ummah.

Bersempena dengan ini, sesungguhnya pihak Kesatuan Ulama Islam Sedunia ingin mengucapkan setulus penghargaan terhadap kejayaan kamu menggalas jawatan ini, dipohon supaya Allah Azzawajalla menambah taufik dan petunjuk bagi kamu dalam berkhidmat kepada bangsa kamu yang agung, dan bagi umat Islam, dengan menggunakan hikmah kamu, dan ilmu kamu, dan pengalaman kamu yang berkat itu.

Dan sesungguhnya KUIS bersedia untuk berkolaborasi dan mewujudkan kerjasama yang bakal mengangkat kegemilangan tanpa syak terhadap kerja dan kesungguhan dalam berbakti kepada Islam dan Muslimin, dan kami cenderung, berpendapat bahawa dengan partisipasi kamu dan posisi kamu yang tinggi bakal melebarkan jaringan kolaborasi ini dalam pelbagai bidang, dimana kesemuanya itu akan memberi sumbangan kepada kebaikan ummah Islam dan manusia keseluruhannya.

Wassalamulaikum wbt.

Professor Dr. Ali Muhyiddin Ghordogi
Setiausaha Agong KUIS

Professor Dr. Ahmad B Abdul Salam ar Raisuni
Ketua KUIS.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *