Covid-19 : Sumbangan kebajikan NGO membantu nasib golongan yang memerlukan.

Rabu | 29 April 2020

PERTUBUHAN bukan kerajaan atau NGO, ringkasan bagi non-governmental organisation mampu menjadi rakan strategik kerajaan dalam merealisasikan sesuatu dasar untuk kebaikan rakyat seperti membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Ia bagi NGO yang berlandaskan kebajikan.Bagi NGO yang fokus pada kebajikan, ziarah ke rumah mereka yang kurang bernasib baik merupakan salah satu aktiviti wajib dengan memelihara adab semasa menghulurkan bantuan sumbangan dan petugas NGO tertakluk kepada arahan KKM di masa perlaksanaan PKP ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan NGO-NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Marilah kita sama-sama membantu. Jika tidak mampu mencurahkan masa dan tenaga, sumbangkanlah sedikit daripada pendapatan kita kepada NGO terbabit.

Moga ia diterima sebagai sedekah jariah, bekalan untuk kita di sana nanti.

  1. NGO Pertubuhan Hulu Langat Prihatin

Kampung Baru Cina, Semenyih. Ahad | 26 April 2020 : Wakil NGO Pertubuhan Hulu Langat Prihatin, Sdr Edry yang juga merupakan ajk kebajikan PAS Kawasan Hulu Langat telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 10 keluarga berketurunan Cina di Kampung Baru Cina, DUN Semenyih. Sumbangan ini amat bermakna kepada penerima yang terdiri daripada masyarakat Cina yang juga terkesan dengan perlaksanaan PKP yang kini telah memasuki Fasa 4 sehingga 12 mei 2020.

2. NGO Pertubuhan Kebajikan Semenyih Sejahtera

Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Ahad | 26 April 2020 : Baru-baru ini, NGO Pertubuhan Kebajikan Semenyih Sejahtera dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Kakitangan Petronas (BAKIP) telah mengagihkan bantuan sumbangan kewangan untuk mereka yang memerlukan sebagai persedian menyambut bulan Ramadhan. Pengerusi NGO Semenyih Sejahtera, Dr Akmal amat berterima kasih diatas sumbangan yang diterima daripada wakil BAKIP ini.Alhamdullilah.

3. NGO Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota

Bandar Bukit Mahkota , Semenyih , Ahad | 26 April 2020 : NGO Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota dengan kerjasama Pejabat ADNS Semenyih , YB Zakaria Hanafi telah bersama-sama menghulurkan pek makanan berbuka puasa secara percuma kepada petugas barisan hadapan dan 100 asnaf yang layak. YB Zakaria Hanafi amat mengalu-alukan kerjasama sebegini dengan NGO tempatan di saat dimana ada masyarakat yang terbeban dengan perlaksanaan PKP.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *