Menjelang pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, yang dijadual bermula Rabu ini (1 Julai), ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak-anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam kalangan ibu bapa, pastinya ada yang masih ragu-ragu untuk menghantar anak ke sekolah, memandangkan negara masih belum diisytiharkan bebas COVID-19.
Justeru dalam hal ini, pihak pengurusan memainkan peranan utama memastikan pusat pendidikan itu bersedia, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan si cilik, semasa waktu pembelajaran.
Aspek jarak sosial, pergaulan murid serta kebersihan sekolah perlu diberi perhatian, apa lagi melibatkan kanak-kanak yang sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Pesanan buat ibu bapa yang menghantar anak di PASTI MALAYSIA:
PESANAN RINGKAS PADA IBUBAPA BERHUBUNG KEHADIRAN MURID KE PASTI
(PASCA COVID – Allah Jaga Kita | Kita Jaga Kita)
- Memperingatkan anak-anak agar senantiasa menjaga diri
- Memperingatkan anak-anak agar senantiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer
- Memesan anak-anak agar senantiasa menggunakan pelitup muka (mask)
- Ibubapa memesan pada anak-anak agar menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh atau memegang kawan-kawan dan guru
- Ibubapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak ke PASTI di pintu pagar sahaja
- Tidak menghantar anak-anak yang tidak sihat dan mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain .
- Ibubapa perlu memesan dan memperingati anak-anak setiap hari berkaitan penjagaan diri
Baca lebih lanjut di https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1855304