Pas Hulu Langat sumbang bot misi banjir

Ahad|7 Febuari 2021| Hulu Langat:

Program penyerahan sumbangan bot misi banjir oleh Pas hulu langat yang diwakili oleh YDP PAS, Hj Mat Jan Sulong kepada Bompens Taman Sri Nanding pada pagi ini telah berlangsung dengan jayanya mengikuti SOP yang ditetapkan. Objektif program ini adalah membantu usaha pihak Bompens Taman Sri Nanding memperolehi sebuah bot untuk misi bantuan banjir.


Menurut YDP Pas Hulu Langat, Hj Mat Jan Sulong, “Dusun Tua merupakan kawasan yang kerap kali berlaku banjir yang besar khasnya di Taman Sri Nanding dan sekitarnya. Kami berharap dengan sumbangan sebuah bot ini dapat dimanfaatkan oleh pasukan Bombapens ini untuk membantu didalam usaha menyelamatkan mangsa banjir yang terjejas.”,katanya.


Komandan Bompens Taman Sri Nanding Tuan Haji Yusof menyambut baik dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan bot misi banjir ini. Program ini juga dihadiri oleh Setiausaha PKHL, Tuan Haji Jafri, NYDP PKHL Tuan Haji Shahril dan Komandan Jabatan Amal Hulu Langat, Saudara Muaz yang menjadi saksi usaha kebajikan yang dilakukan.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *