PAS HULU LANGAT TERIMA “KELUARGA MALAYSIA” DEMI PERKUKUH PERPADUAN UMMAH

KENYATAAN RASMI PAS KAWASAN HULU LANGAT
[KR/PKHL/02/2021]

  1. PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) menyambut baik dan menerima ucapan Sulong Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 semalam dengan membawa satu gagasan baharu “Keluarga Malaysia” sebagai langkah memperkukuhan lagi perpaduan Ummah dalam mengemudi Negara ini dengan lebih baik.
  2. Istilah “Keluarga Malaysia” Ini perlu difahami dalam penerapan sifat tanggungjawab, hormat menghormati dan toleransi kekeluargaan yang tinggi buat seluruh rakyat melaysia melepasi sempadan bangsa, agama dan fahaman politik demi kepentingan Negara.
  3. Islam mengajar kita meletakkan kepentingan keluarga sebagai keutamaan dalam setiap perkara terutama dalam melakukan kebajikan sekalipun kita berbeza pendapat, maka kepentingan kebajikan rakyat (Ahli Keluarga) dan keutuhan Negara (Institusi keluarga) ini perlu menjadi keutamaan semua pihak.
  4. Sehubungan dengan itu, PKHL mengajak seluruh rakyat Malaysia terutama semua pemimpin politik, Ketua penduduk, NGO dan seluruh rakyat di Parlimen Hulu Langat ini untuk bersama menghayati gagasan “Keluarga Malaysia” sebagai konsep kekeluargaan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama serta melangkaui sempadan politik untuk terus bersatu menghadapi musibah Pandamik Covid-19, membangun Ekonomi Negara dan seterusnya memperkukuhkan Perpaduan Rakyat.
  5. Jesteru, saya dan seluruh ahli PAS Kawasan Hulu Langat, sebagaimana penerimaan Pimpinan PAS Pusat, menyambut baik gagasan baharu kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang akan membawa pendekatan “KELUARGA MALAYSIA” demi Perpaduan Ummah seterusnya sepakat menyelamatkan negara kita yang tercinta ini.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

MUHAMMAD JAN BIN SULONG
Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Langat
14 Muharam 1443H / 23 Ogos 2021

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *