Perikatan Nasional Hulu Langat tingkat Kerjasama Agih Bakul Makanan

SABTU | 5 SEPTEMBER 2021 | SEMENYIH | HULU LANGAT

Hubungan antara parti-parti kompenen Perikatan Nasional (PN) Hulu Langat terus dipertingkatkan melalui Program agihan Bakul Makanan Prihatin yang telah diadakan semalam di Kampung Baru Semenyih

Seramai 30 keluarga penduduk Kampung tersebut menerima bakul makanan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pendamik wabak covid-19.

Kehadiran Pemimpin Utama PN Hulu Langat Dato’ Dr. Hj. Mohd Radzi Abd Latif, Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat, Tuan Muhamad Jan bin Sulong, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, dan Tuan Teh Meng Kwan, Ketua Bahagian Parti Gerakan Hulu Langat meriahkan lagi program.

Walaupun dalam pematuhan SOP PKP namun ikatan dan keharmonian kerjasama antara parti Bersatu, PAS dan Gerakan dalam Perikatan Nasional terus dilihat bertambah erat.

Program ini dilihat akan menjadi salah satu titik kebersamaan semua parti komponen PN kearah mengukuhkan lagi gerak kerja Pilihanraya Perikatan Nasional di Parlimen Hulu Langat ini.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *