Sumbangan Bakul Makanan Bina Semangat Keluarga Malaysia

SELASA | 14 SEPTEMBER 2021 | ALAM JAYA,HULU LANGAT

PAS Kawasan Hulu Langat bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Langat telah mengedarkan sumbangan Bakul Makanan kerajaan semalam kepada penduduk di Alam Jaya yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Bertempat di Pasar Pagi Alam Jaya, sumbangan disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Muhamad Jan Bin Sulong bersama Ketua DHPP Kawasan Dato Dr Panel Selvan buat penduduk yang terkesan akibat pendamik wabak covid-19 ini.

Usaha bantuan ini akan diteruskan lagi bagi memastikan tiada dikalangan rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan khas Bakul Makanan ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di Kawasan Hulu Langat.

YDP PAS Kawasan yang lebih mesra dipanggil Abang Mat Jan turut mengajak masyarakat di seluruh Parlimen Hulu Langat ini tidak mengira bangsa, agama atau pahaman politik sekalipun untuk menghayati semangat Keluarga Malaysia dengan membantu bersama membasmi wabak covid-19 dan memajukan negara tercinta ini.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *