Salam Nuzul Quran : Ayuh perkemaskan Ramadhan dengan Al-Quran

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kerana kita sedang melewati sambutan peristiwa Nuzul Quran pada 17 Ramadhan.

Kemuliaan Ramadhan kerana turunnya AlQuran di dalamnya pada malam AlQadar, kemuliaan Jibril AS sebagai ketua para malaikat kerana menjalankan tugas sebagai perantara penurunan AlQuran kepada Nabi SAW dan kemuliaan Nabi kita Muhammad SAW kerana baginda datang dengan membawa Kalamullah yang mulia, iaitu AlQuranul Karim.

Justeru itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendambakan martabat kemuliaan AlQuran perlu bingkas bangun merealisasikan dan menghidupkan AlQuran dalam diri kita dan masyarakat secara tuntas dan padu sebagaimana yang telah diteladani oleh Nabi kita SAW.

Ayuh perkemaskan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan kemuliaan AlQuran.

Mohamad Jan Sulong
Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Hulu Langat
17 Ramadhan 1444 @ 8 April 2023

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *