Program Iftar dan Edaran Pek Buka Puasa di Pejabat Agung PAS

Selasa | 12 April 2023 | Pejabat PAS Pusat

“Terima kasih atas sumbangan ini,” kata penerima sumbangan pek berbuka puasa di pekarangan Pejabat Agung PAS.

Alhamdullilah, PAS Hulu Langat yang diketuai oleh Yang Dipertua, Mat Jan Sulong bersama rombongan yang disertai oleh Setiausaha PAS Hulu Langat,Hj Jafri dan Ketua Dewan Ulama PAS Hulu Langat, Ust Wahid telah menyampaikan sumbangan pek berbuka puasa kepada asnaf dan pengunjung yang berada di Pejabat Agung PAS.

Turut serta Program Iftar dan Edaran Pek Berbuka Puasa adalah Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok,YB Syahir Sulaiman.

KDU PAS Hulu Langat telah menyampaikan takzirah Ramadan sempena program ini.

Moga ibadah puasa ramadan kita diterima dan dirahmati Allah.Marilah kita perbanyakkan amal ibadah & bacaan Al Quran pada 10 hari yang berbaki di bulan Ramadan ini.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *