Pelancaran Bilik Operasi JPrUDM diBukit Mahkota sempena Pilihanraya Negeri Selangor meriah.

Selasa | 11 Julai 2023 | Bandar Bukit Mahkota

Gendang pilihanraya negeri telah pun dipalu sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan pada 23 Jun 2023.Pihak SPR telah pun menetapkan tarikh penting Pilihanraya Negeri di 6 negeri pada 12 Ogos 2023.

Usaha mencari lokasi Bilik Operasi oleh JPruDM di Bukit Mahkota akhirnya berjaya dengan pelancarannya oleh YDP PAS Hulu Langat, Mohamad Jan Sulong. Beliau didalam taujihatnya mengingatkan bahawa PAS ini adalah parti yang berakidah dan berprinsip berasaskan dasar Islam didalam setiap gerakerja termasuklah di bidang siasah ini. Beliau juga berpesan agar kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan bermunajat memohon pertolongan daripada Allah disamping berusaha sedaya upaya agar kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Selangor tercapai.

Kita perlu menyedari bahawa kemenangan PN pada PRN 6 negeri khususnya di Selangor ini akan mengelakkan kuasa politik Melayu yang beragama Islam ini jatuh ke tangan PH-BN.

Ingatlah pesanan imam Al Ghazali yang pernah menegaskan didalam kitabnya Al-Ghazali Al Iqtisad fi Al I’tiqad halaman 128

“Agama itu asas,sedangkan sultan (politik Islam berkuasa) itu menjadi pengawas. Apa yang tiada asasnya,maka akan runtuh binasa dan apa yang tiada pengawasnya,maka akan hilang”

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *