JALAN 6 KUKUH KEKUATAN, TERIMA 23 AHLI BAHARU

16 Julai, Semenyih – Malam tadi satu pertemuan ringkas dan pelancaran jentera Ahli PAS Cawangan Jalan 6, Kuala Pajam, Semenyih telah diadakan bersama pimpinan PAS Kawasan Hulu Langat.

Pas cawangan Jalan 6 yang pernah aktif sekitar tahun 2016 kini dilihat kembali bersemangat setelah sekian lama menapak di kawasan yang pernah menjadi kubu kuat UMNO BN sebelum ini.

Suasana kini kembali bertukar apabila 23 ahli baharu menyerahkan borang keahlian PAS dan sebahagianya adalah bekas ahli UMNO yang sudah hilang kepercayaan perjuangan UMNO di bawah kepimpinan Zahid Hamidi.

Mereka merasakan hanya PAS sahaja yang ikhlas memperjuangkan nasib Bangsa Melayu dan Umat Islam, setelah melihat UMNO dibawah kepimpinan yang ada sekarang sanggup bersekongkol dengan DAP.

Hampir 50 ahli handir dalam pertemuan tertutup di markas operasi Perikatan Nasional Kuala Pajam malam tadi turut hadir YDP Pas Kawasan Tuan Muhammad Jan Bin Sulong dan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor Ustaz Nushi Dato Mahfodz.

Nushi dalam ucapan beliau mengajak ahli pas cawangan agar sentiasa membawa budaya politik matang dan sejahtera dan mengmbil kisah tentera bergajah Abrahah yang cuba meruntuhkan Kaabah sebagai iktibar dimana kata beliau “setiap gerakerja kita perlukan keyakinan bahawa Allah swt tetap bersama kita didalam memperjuangkan agama-Nya”.

Sebelum itu Mohamad Jan didalam ucapan Tahniah beliau juga mengingatkan pentingnya pengerak di cawangan agar saling bantu membantu menghidupkan aktiviti cawangan disamping menarik sokongan kepada kemenangan kepada calon Perikatan Nasional di DUN Semenyih ini nanti.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *