Rabu | 19 Julai 2023 | Masjid Bandar Seri Putra.
“Assalamualaikum,Dato, apa khabar?,” sapa Ustaz Nushi seusai sahaja kuliah subuh khas sempena cuti Maal Hijrah pagi ini oleh Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
“Alhamdullilah, lama tak jumpa enta..buat apa sekarang ini?,” balas DS Dr Zulkifli.
“Adalah beberapa tugasan selepas dah tak lagi bertugas di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal ehwal agama.” Jawab ustaz.
Pertemuan ringkas ini mengimbau kembali kenangan manis semasa Ustaz Nushi Mahfodz bertugas sebagai Pegawai Tugas-tugas khas dibawah Timbalan Menteri di JPM pada 2020-2021 dimana DS Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri adalah Menteri Agama JPM.
Banyak pengalaman pentadbiran didalam agensi Persekutuan khasnya berkaitan dengan Jabatan Hal ehwal Islam,PMO ini mematangkan usia didalam bidang kerja yang memerlukan kemahiran berkomunikasi dan pentadbiran pejabat.
Perjumpaan ringkas ini amat berbekas dihati dengan pembawaan bekas menteri agama yang masih kenal anak buahnya walaupun dah hampir dua tahun berpisah tak jumpa. Moga Allah merahmati pertemuan ringkas ini