Forum Maal Hijrah 1445H: Hijrah Kepimpinan membawa Manfaat kepada Rakyat

Selasa | 18 Julai 2023| Baitul Ikhwan,

Satu forum Maal Hijrah 1445H telah berlangsung anjuran Pemuda Perikatan Nasional bertempat di Baitul Ikhwan, Taman Seri Nanding yang membariskan 2 ahli panel iaitu Timbalan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Ustaz Nushi Mahfodz dan Ketua Dewan Ulama PAS Hulu Langat, Ustaz Abd Wahid Zainol Abidin.

Pada pusingan pertama, Ustaz Nushi telah memberikan pencerahan definisi takrifan Hijrah dari segi falsafahnya adalah sepertimana berikut:

Hijrah bukan sahaja perpindahan secara fizikal
tetapi hijrah secara spiritual adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga dikenali sebagai hijrah syar’iyyah.

Hijrah ini adalah semata-mata niat bertekad teguh untuk Allah dan RasulNya, bukan kerana selain daripada itu seperti apa yang dijelaskan Nabi bahawa ada yang berniat hijrah bukan kerana Allah tetapi kerana untuk berkahwin atau seumpamanya seperti apa yang tersurat pada Hadis ini.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Justeru itu perbetulkan niat dan pastikan jihad dan pengorbanan kita adalah kerana Allah semata-mata.

Erti Pengorbanan sepertimana firman Allah di dalan surah Al-Baqarah ayat 218:
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۙ اُولٰۤئكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Di dalam persoalan masa depan Islam, kita perlu berkorban dan berkeyakinan bahawa Islam pasti menang. Kita wajib bekerja kuat untuk memenangkan Islam dengan redha Allah SWT dan bukan mendambakan kemenangan yang boleh menimbulkan fitnah lain di anntaranya ialah tidak bersedia untuk mengisi kemenangan bila telah diberikan kemenangan.

Hijrah juga bermatlamat untuk menatijahkan perpaduan ummah dengan mengambil ibrah peristiwa persaudaraan di antara masyarakat Aus & Khajraj serta Muhajirin dan Ansar.

Nusrah atau bantuan Allah diberi kerana adanya perpaduan dan kesatuan di kalangan kita lebih-lebih lagi kesatuan ukhuwwah sesama PAS dan parti-parti yang lain.

Hijrah berakhir dengan ciri-ciri istiqamah (consistency). Walaupun Nabi telah lama wafat, tetapi ketidakberadaan Nabi bersama kita saat ini, tidak menjadikan kita jauh daripada Islam. Malah kita wajib istiqamah dengan ajaran Islam selamanya.

Panel ke dua pula iaitu Ustaz Wahid telah membentangkan salah faham atau kekeliruan yang berkaitan dengan makna hijrah.
Salah faham ini berlaku kerana kerana kita tidak melihat makna hijrah secara lebih mendalam iaitu bukan sekadar dari sudut bahasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja.

Ia merupakan perintah Allah yang bertujuan untuk menguji keimanan kita kepadaNya seperti apa yang tercatat di dalam Surah AlAnkabut, ayat 2
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْٓا اَنْ يَّقُوْلُوْٓا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

Ujian-ujian Allah ini terungkap di dalam 3 kerangka utama kenapa Nabi diutuskan seperti yang dihuraikan oleh Abul ‘Ala AlMaududi.

  1. Rasul diutuskan untuk ubah pandangan manusia daripada sesat kepada kebenaran (Jahiliyah kepada kebenaran)
  2. Beramal dengan apa yang Nabi ajar dan kekal istiqamah dengan acuan tersebut tidak berubah sehingga kiamat.
  3. Menyebarkan pandangan dan amalan Islam ini secara berterusan. (Continuity)

Pada pusingan kedua forum, Ustaz Nushi Mahfodz telah menjelaskan bagaimana hijrah ini dapat menatijahkan perpaduan ummah.

Ust Nushi menjelaskan bahawa sudah menjadi sunnah para nabi dan rasul untuk berhijrah di dalam melaksanakan misi dakwah mereka untuk menyatukan ummah menyembah yang Maha Esa. Umpamanya Nabi Ibrahim AS yang berasal dari Babylon (Iraq) kemudiannya telah berhijrah dan akhirnya membuka Kota Mekah.

Misi dakwah Islam diteruskan pada zaman Nabi SAW, sehingga Islam telah sampai ke alam Melayu di nusantara yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam suatu waktu dahulu. Ini bermakna pedagang-pedagang tersebut bukan sahaja berperanan menjalankan perniagaan, tetapi mereka juga pendakwah yang memartabatkan dan menyatukan bangsa Melayu dengan Islam.

Justeru itu, sewajarnya kita harus mengambil iktibar bahawa peranan menyebarkan dakwah dan kesatuan ummah adalah tanggubgjawab kita bersama, biar apapun watak dan kedudukan kita kerana kita ejen-ejen yang membawa sinar perpaduan dan kesatuan.

Keberadaan Nabi di atas Bukit Safa bagi mengisytiharkan peristiwa Israk & Mikraj adalah petanda ujian seterusnya…soalan kondisional menguji kepercayaan masyarakat Quraisy..

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *