Selamat Tahun Baru 2024

UCAPAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN HULU LANGAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين، اما بعد

قال الله تعالى في القران الكريم

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkanlah kesabaranmu (di medan perjuangan lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) serta bertakwalah kepada Allah, agar kamu berjaya mencapai kemenangan.” (Surah Ali ‘Imran: 200)

Tahun 2023 sudahpun melabuh tirainya, Tahun 2024 kini menjelang.

Sorotan perjuangan kita sepanjang tahun 2023 tidak pernah luput dengan pelbagai cabaran dan rencam dugaan sama ada di peringkat setempat, negara mahupun antarabangsa. Namun semua itu bukan penghalang dan bukan noktah perjalanan kita.

Firman Allah di atas jika kita renung dan hadam sedalam-dalamnya kunci kata-kata ini – BERSABAR – LEBIH BERSABAR DARIPADA MUSUH – KUKUHKAN PERTAHANAN – BERTAQWA – KEMENANGAN. Sesungguhnya ia sangat menyentuh hati sanubari kita untuk teruskan momentum kemenangan.

Alhamdulillah, kemenangan DUN Semenyih adalah pemangkin untuk kita mengorak jauh langkah-langkah seterusnya.

Justeru itu, kewajipan kita saat ini ialah untuk hadam dan menghayati titipan pesanan muktamar 69 –
Fokus utama dalam semua gerak kerja ialah taqarrub dengan ALLAH bagi merealisasikan tema ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan tapak-tapak kakimu (meneguhkan kedudukanmu).” (Surah Muhammad: 7)

Akhir kalam Selamat Tahun Baharu 2024

Mohamad Jan Sulong
Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0YhBGConWhTsHDQHumQoD5gwyUnxjWkRWTMjk5Bkims3yfjjBA9xD96GTB2FMnDjil&id=100064646324591&sfnsn=wa&mibextid=RUbZ1f

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *