ISNIN | 23 DISEMBER 2019
Oleh Ust Ashri Lateh ,TYDP Pas Kawasan Hulu Langat
Jom baca dgn penuh keinsafan wahai kaumku,
Orang Palestin 90 tahun dulu tak pernah sangka tanah yg mereka jual sikit sikit kepada orang yahudi pendatang untuk tujuan nak senangkan sikit hidup rupa2 nya hari ni orang Palestin hilang seluruh hak, kuasa, tanah, hidup dan masa depan mereka di tangan pendatang Palestin.
Orang Islam Kashmir 70 tahun dulu tak pernah sangka yang memilih bersama negara hindu India semasa berpisah dengan negara Islam Pakistan dulu, pada hari ni mereka akan dizalimi dan dikhianati oleh kerajaan hindu India yg tak akan beri hak kebebasan dan akn rampas segala tanah dan masa depan Kashmir.
Orang Melayu Champa 300 tahun dulu percaya orang cina viet keluar masuk berniaga di negeri Champa. Semua hal masalah negara orang Champa minta tolong orang viet. Akhirnya hilang negara Champa semua tanahair jatuh ke tangan orang Viet akhirnya negara Champa jadi negara vietnam. Orang Champa lari ke Kampuchea.
Orang Turkistan tak sangka China datang sikit-skit dan akhirnya menghuruharakan mengadu domba dan membunuh raja. Kini lenyap negara Turkistan dan org islam Uighur dizalimi.
Masa aman dan berkuasa, Kita ada negara. Kita tak sayang dan jaga baik baik. Kita berebut kuasa berebut projek berebut jawatan. Kita tuduh menuduh tikam menikam sesama sendiri.
Ada Quran tapi kita baca masa kenduri arwah dan nak hantar mak bapa pergi Mekah je. Itu pun baca beberapa surah je. Maknanya pun tak pernah perduli.
Apabila dah hilang kuasa, kita duduk goyang kaki, tunggu orang lain tolong dapatkannya balik? Semua kita tuduh ahli politik punya angkara.
Memang kerja ahli politik sekarang jual diri nakkan jawatan. Tapi semasa mengundi, kenapa tak kaji, tak baca balik nasihat ulama’, nasihat nabi, arahan Allah…! Kenapa?
Biasa dengar pesanan dari nabi saw “……kalau serah urusan (amanah) bukan kpd ahlinya tunggulah kehancurannya”.
Rasanya semua pernah dengar. Bohong atau jahil tahap gabanlah kalau tak pernah dengar.
Sekarang kita dah hilang kuasa. Lama kelamaan hilang segala hak di tanah sendiri. Kita hilang sejarah ini bumi nenek moyang kita. Kita lebih byk dengar orang bg alasan “bukan senang si kafir nak ambik tanah air ni.”
Dulu ramai juga kata DAP kalau menang pun bukan boleh berkuasa. Tapi hari ni baru menang 42 kerusi sudah keras kepalanya dan jadi abang besar sampaikan MB dan PM pun dilanggarnya. Ada jenayah rasuah, komisyen, lepas semua kes mahkamah. Yg bunuh bomba kes ke laut. Tak lama lagi yg merogol pun lepas. Yang bunuh Danial tepi jalan mcm binatang tu pun belum tentu ada kesnya. Tak lama lagi jenayah jadi halal di pihak yang pegang kuasa ke? Kita pulak nak tunggu malang sampai di halaman rumah baru kita terkejut mcm beruk ke?
Orang Melayu, sejarahnya selalu diperdayakan musuh. Perihal yg ini mestilah berakhir di episod ini. Semua orang melayu mesti bangun kali ini. Jangan lagi serah tugas kuasa kepada orang lain. Tapi tugas kuasa adalah tugas orang jantan. Yang duduk diam tu semuanya pengecut bukan berdarah Melayu sejati. Mereka Melayu celup. Mereka penakut!!
Ayuh bangkit! Kita berubah perbaiki kesilapan lampau.
Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3198434933516290&id=100000494448743