ISNIN | 8 JUN 2020
Satu perkara kita boleh belajar dengan Kerajaan PN dalam perkara yang melibatkan nyawa dan kepentingan agama adalah setiap kerja perlu dibuat secara berperingkat dan terkawal tidak boleh ikut rasa hati, kajian melalui data dan respond rakyat sangat penting dalam membuat keputusan.
Perintah Kawalan Pergerakan dari Diperketatkan kepada Bersyarat dan kini Pemulihan telah membuktikan negara kita mampu mengawal ancaman Covid-19 ini dengan fasa-fasa penguatkuasa yang tersusun dan disenangi rakyat seterusnya rakyat dapat bersama Kerajaan untuk terus melawan musuh negara secara bersama.
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
Kita dah boleh rentas Negeri, dah boleh ziarah ibu bapa dan saudara, dah boleh solat di Masjid namun tetap ada kawalan, perlu jaga jarak, sentiasa membasuh tangan dan memakai penutup muka. Hindari tempat Sempit, sesak dan jangan sembang rapat.
Ringkasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP 10/06/20 – 31/08/2020
- Rentas negeri dibenarkan.
- Gunting rambut dibenarkan.
- Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
- Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
- Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
- Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
- Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
- Pelancongan domestik dibenarkan.
- Sempadan negara masih ditutup.
- Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan.
- Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
- Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
- Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
- Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.
Sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) di kawasan yang terlibat.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara ini dalam Perutusan Khas bertarikh 7 Jun 2020 yang turut memberi kelonggaran kepada hampir ke semua industri bagi proses memulihkan kembali ekonomi dan sosial rakyat Malaysia sepertimana yang diumumkan didalam pelan jana semula ekonomi negara (PENJANA).