Daulat Tuanku…

ISNIN | 8 JUN 2020

MERAFAK SEMBAH SEMPENA KEPUTERAAN AGONG

BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR

Badan Perhubungan PAS Selangor merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena ulang tahun Keputeraan Baginda pada hari ini Isnin, 16 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 8 Jun 2020.

Seluruh saff kepimpinan PAS Negeri Selangor dan ahli-ahlinya memanjatkan doa kehadrat Ilahi agar KB DYMM Tuanku dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan kebijaksanaan dalam menerajui negara. Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah SWT.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3316417695036053&id=450332874977897

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *