20 pelajaran daripada kepimpinan MyPM8…

Ahad | 7 Jun 2020

Pengumuman PKPP hari ini,Ahad/7 Jun 2020 adalah kemuncak kepada bagaimana kita boleh belajar 20 pelajaran daripada kepimpinan seluruh barisan Ahli Kabinet yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasin, Perdana Menteri kita

  1. Berilah yang terbaik, walaupun banyak cabaran.
  2. Telus dalam memberi maklumat berkenaan konflik.
  3. Bergerak dalam team, walaupun ada ‘preference’ kepartian masing-masing.
  4. Rakyat adalah keutamaan.
  5. Walaupun pernah jadi seteru, namun bila telah diputuskan bersama, terus bergerak ke hadapan.
  6. Layan isu yang pernah berlaku, tapi jangan lama sangat, untuk terus mata ke hadapan.
  7. Letakkan kepercayaan tinggi pada pegawai kerajaan yang tiada kepentingan kepartian.
  8. Jangan takut membawa Islam dalam pengumuman rasmi kerajaan.
  9. Rujuk pada pakar dalam bidang yang ditetapkan.
  10. Jangan tunjuk konflik depan rakyat, kawal dengan hikmah.
  11. Mesyuarat, dan pegang keputusan mesyuarat secara bersama.
  12. Isu politik itu penting, tapi bukan segala-galanya.
  13. Sentiasa beri kredit pada team, bukan diri sendiri.
  14. Hormati negarawan, jangan dibuka aibnya walaupun aibnya dibuka oleh bekas rakan.
  15. Jangan tinggal semua kalau tak boleh buat semua.
  16. Hargai orang bawah, berilah kata-kata semangat, bukan melemahkan walaupun byk kekurangan.
  17. Ambil tahu hal sekeliling, hatta mereka yang digelar netizen, dan raikan dalam ucapan.
  18. Sebutlah sesuatu dengan hati, agar sampai dan membumi.
  19. Jangan malu sebut maaf, walaupun jawatan kita no.1 dalam negara.
  20. Toleransilah dengan rakan-rakan sekeliling, kerana mereka inilah juga akan bantu perjuangan kita untuk rakyat.

Khairul Nadzir
Terima kasih PM dan seluruh warga frontliner negara Malaysia!

Sumber :https://www.facebook.com/100000567241292/posts/3538124126216461/

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *