Banting, 1 Disember 2019
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Amal(PTA) Briged Amal Malaysia selama 3 hari bermula pada 29 Nov2019 hingga 1 Disember 2019 bertempat di Kem Delta Komansir Jugra Banting Selangor.Seramai 180 peserta Briged Amal yang sertai perkhemahan ini.Peserta teramai daripada PAS Hulu Langat yang mewakili Briged Amal Selangor.Disamping itu juga penyertaan daripada Maahad Tahfiz dan MTIS serta wakil sekolah di Selangor.Antara aktiviti program perkhemahan adalah mendaki bukit Jugra, pertandingan kawad, ikhtiar diri, persembahan kebudayaan islam dan banyak lagi aktiviti yang dijalankan.Semoga pelapis briged amal Malaysia ini dapat menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan pengalaman dan ilmu yang dipelajari sepanjang program ini.
Sumber: