Wahai bang non
Wahai mata sabu
Wahai azmin
Wahai din ayub
Wahai pan
Wahai pkir
Sedarkah kamu
1- Jika tidak kerana Hadi Awang mengutip dan memberi sebuah parti kecil kepada Anwar Ibrahim 20 tahun yang lalu, menulis buku membersihkan imejnya, maka PKR tak akan wujud dan Anwar Ibrahim terkial-kial mencari talian hayat atau mungkin kering dalam penjara hilang tak dikenang siapa.
2- Jika tidak kerana Hadi Awang mengerahkan jentera PAS menyokong reformasi, perkataan reformasi hanyalah satu perkataan biasa di kamus dewan tanpa ada catatan sejarahnya sendiri di Malaysia.
3- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka persepsi baru PAS dalam politik milenium serta memberi komitmen jitu, Pakatan Rakyat tak akan terbentuk kerana DAP bersifat playsafe opportunist dan tidak pernah konsisten dalam sesuatu pakatan (pernah keluar dari Barisan Alternatif) manakala PKR hanya baru setahun jagung. Pembentukan koalisi pembangkang terkuat dalam sejarah negara adalah dizaman kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang menerajui PAS.
4- Jika tidak kerana Hadi Awang membuat kenyataan berani menyokong kepimpinan Mahathir, takkan Mahathir mendapat insuran dari risiko serangan dalaman PH dan kurang tekanan dalam mentadbir negara.
5- Jika tidak kerana Hadi Awang menekankan “tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah”, takkan mati karier blogger penjaja skandal seks dan peniup fitnah dalam kain.
6- Jika tidak kerana Hadi Awang mengambil risiko membuka pintu dengan pendekatan politik baru, tidaklah PAS memperoleh sokongan daripada profesional dan korporat.
7- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka pintu seluasnya kepada golongan profesional pada 90 an, PAS masih dilabel pemain politik surau dan masjid.
8- Jika tidak kerana Hadi Awang membuka pintu seluasnya kepada golongan profesional, tidaklah kita tahu ramai profesional yang opportunist, bermasalah inferiority complex dan xenocentric dalam perjuangan Islam. Jika tidak kerana Hadi Awang totok dengan Islamnya, nescaya golongan bermasalah ini mendapat tempat kerana nampak lebih logik sungguhpun ideologi mereka tidak banyak beza dengan pengamal mazhab Machiavelli yang lain.
9- Jika tidak kerana Hadi Awang berdegil enggan tunduk kepada DAP dan bertanding sendiri, PRU14 tidak akan menyaksikan BN tewas pertama kalinya dalam sejarah selepas 60 tahun.
10- Jika tidak kerana Hadi Awang mengambil risiko ditolak penyokong sendiri dengan membuka pintu kepada UMNO, mendidik ahli yang terluka kerana pernah teraniaya oleh UMNO supaya membuang sifat dendam, nescaya himpunan ICERD dan sejarah penyatuan 2 kelompok besar Melayu yang berseteru selama ini tak akan terjadi.
11- Jika tidak kerana Hadi Awang tegas dalam politik Islam ortodoks sebagai asas dan cermat dengan pendekatan kontemporari, maka makin menjadi-jadi umat terikut-ikut model politik Islam moden mesra kafir atas nama masyarakat majmuk. Sedangkan dalam Islam itu sendiri sudah lengkap dengan kaedah mentadbir berbilang bangsa dan agama serta mempunyai track record kejayaan dalam beberapa tamadun.
12- Jika tidak kerana Hadi Awang, Aceh dan Selatan Filipina masih berkonflik seterusnya perdamaian yang dicapai itu menutup lensa barat untuk terus menuduh ASEAN pusat latihan teroris serta mencari alasan untuk menempatkan tentera mereka.
13- Jika tidak kerana Hadi Awang tegas meletakkan PAS tidak pro atau taksub kepada mana-mana mazhab dan aliran tertentu, nescaya perpecahan umat dek kerana perbezaan mazhab dan aliran makin menjadi-jadi di dalam negara.
Mungkin anda benci lebai berserban bernama Hadi Awang ini dan persepsi anda tidak lebih kepada beliau yang hanya sekadar lebai bodoh yang hanya tahu bercakap arab dan menunggang agama. Namun anda tidak boleh menolak fakta bahawa beliau adalah bekas timbalan Ketua Ulama Islam Sedunia dan seorang tokoh politik yang disegani dunia. Kalau anda tidak tahu, itu masalah anda, bukan masalah Hadi Awang.
Haji Hadi Awang diakui oleh seorang tokoh gerakan Islam dunia Syeikh Said Hawa sebagai pemimpin ulama muktabar di rantau ini. Diakui oleh Butros Ghali Setiausaha Agong Badan Antarabangsa sebagai ahli politik yang sangat unik dan zuhud. Dr Najmuddin Erbakan, Bekas Perdana Menteri Turki mengatakan beliau seorang yang hebat kerana musuh Hadi Awang sendiri akan berkata “beliau berkata benar”. Sementara itu Rabitah Ulama Palestin menjujung kehebatan ilmu Hadi awang dengan mengatakan
kalau kamu mahu belajar feqah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.
kalau kamu mahu belajar politik, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.
kalau kamu mahu belajar sejarah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.
Mungkin anda pelik kerana banyak kenyataan Hadi Awang tidak begitu menampakkan wow factor, ini adalah kerana beliau bukan pengamal Machiavelli yang semata-mata ingin memuaskan hati orang untuk mendapatkan sokongan. Beliau adalah seorang yang sangat berdisiplin dengan ilmu dan dalam politik, sangat berdisiplin dengan kaedah.
Dalam kecelaruan pentadbiran PH, anda boleh melihat dengan mata kepala anda sendiri beliau meletakkan kestabilan pentadbiran sebagai keutamaan dan tidak mengambil pendirian menghentam kerajaan dengan politik kebencian 24 jam. Ramai tidak tahu, pintu belakang rumah PAS sentiasa diketuk oleh parti-parti komponen PH dan bebas kerana ingin bersembang. Kopi dan biskut PAS di pangkin belakang rumah masih menyelerakan.
Sekiranya anda ingin mengatakan ingin merendahkan lebai Hadi ini, tanya dulu diri anda, apa pengiktirafan yang anda ada dan apa kapasiti anda untuk merendahkan beliau? Lu sapa? Lots of peoples try to dance with him. While you are trying, he already succeeding.
Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan. Dalam nampak biasa-biasa hebat bisanya. Sentiasa berdoa semoga Allah masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita. Hormatilah ulama kerana mereka adalah penyambung syiar nabi. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah kerana kebijaksanaan Allah. Allah juga yang meminjamkan ilmu, kehebatan dan menggerakkan hati TGHH dalam melakukan segalanya.