Sambutan Maulidur Rasul di Kg Sg Machang Semenyih

Semenyih |Rabu | 3 Disember 2019

YDP Pas Kawasan Hulu Langat,Tuan Haji Mohammad Jan Sulong bersama sama berarak sempena Sambutan Cintai Rasullulah anjuran PAS cawangan Kg Sg Machang,Semenyih.Kata YDP PKHL,”Semarak cintai Rasullullah SAW mestilah bersulamkan taat dan wala’ kepada arahan dan larangan berpandukan al-quran dan hadis”.Beliau juga memberikan peringatan agar menjadikan alquran dan hadis sebagai pedoman hidup supaya selamat di dunia dan akhirat.Kita perlu sedar terhadap ancaman musuh Allah termasuklah munafikin yang sentiasa berusaha untuk menjadikan umat islam menjadi lesu dan kaku apabila umat islam abaikan perintah Allah agar bersatu diatas tali Allah.Ingatlah pesanan ini agar hidup kita,dirahmati dan diredhai Allah.Kembalilah kita pertahankan sunnah Rasullullah dengan harta hatta nyawa demi meletakkan islam di paksi yang sebenarnya.Sekalung tahniah dan penghargaan buat penganjur yang telah berusaha kearah menjadikan sunnah Rasullullah sebagai amalan.Program bermula jam 6.00 ptg dan berakhir dengan takzirah “Semarak Cintai Rasullah” di Maahad Tahfiz Al-Iman Semenyih.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *